Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Firmware baru GoPro Hero ini jadikan kamera anda webcam

Aktiviti bersidang video semakin meningkat frekuensinya seiring dengan budaya bekerja dari rumah yang diterap di seluruh dunia. Banyak pengeluar kamera sudahpun menerbitkan kemas kini yang bolehkan produk mereke turut berfungsi sebagai webcam. GoPro adalah peserta yang terbaharu.

Tapi malangnya, kemas kini yang diterbitkan GoPro ini hanya terpakai untuk model Hero 8 Black sahaja. Untuk jadikannya webcam, tiada perlatan khas diperlukan dan anda Cuma perlu kemas kini kamera anda gunakan firmware yang disediakan.

GoPro juga menyarankan beberapa aksesori pemegang seperti berikut untuk memegang kamera semasa anda bersidang video.

  • Jaws Flex Clamp
  • Magnetic Swivel Clip
  • Suction Cup
  • Gooseneck

Kemudian, anda juga perlu memasang perisian di komputer yang bertugas sebagai penerima isyarat imej daripada kamera. Muat turunnya di sini. Berita buruk, perisian ini hanya ada untuk MacOS. Pengguna Windows perlu menunggu sedikit masa lagi.

Apabila semuanya selesai, sambungkan saja kamera pada komputer dan hidupkan kamera dan terus cari mode webcam.

Sumber: GoPro

BACA  Tempahan awal Vivo X50 Pro berkamera gimbal ada hadiah percuma bernilai RM697