• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:04 pm
  • 05/06/2026
  • Komen
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda rasa bateri 5,000mAh pada telefon pintar sudah cukup besar, Realme kini tampil dengan sesuatu yang jauh lebih ekstrem. Realme Malaysia telah mengumumkan telefon pintar Realme P4 Power 5G, yang menariknya dilengkapi bateri berkapasiti 10,001mAh.

Dengan kapasiti hampir dua kali ganda telefon biasa, anda boleh anggap P4 Power 5G ni sebagai power bank yang turut berfungsi sebagai telefon pintar. Selain bateri besar, peranti ini turut dilengkapi cip pemproses MediaTek Dimensity 7400 Ultra, skrin AMOLED melengkung dengan kadar segar semula 144Hz serta ketahanan kalis air dan debu bertaraf IP69.



Harga dan ketersediaan Realme P4 Power 5G di Malaysia

Realme P4 Power 5G ditawarkan pada harga RM1,999 di Malaysia, dan sudah boleh mula didapatkan menerusi stor rasmi Realme di TikTok Shop. Ia juga akan ditawarkan melalui Shopee dan Lazada pada tarikh kemudian.

Sempena promosi Realme Super Brand Day yang berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2026, telefon ini boleh dibeli pada harga promosi RM1,599, iaitu RM400 lebih murah daripada harga asal.



Telefon ini ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu TransSilver dan TransOrange.

Spesifikasi Realme P4 Power 5G

Sudah tentu perkara paling menarik tentang Realme P4 Power 5G ialah baterinya yang berkapasiti 10,001mAh. Realme menyatakan ia merupakan telefon pintar pertama yang dihasilkan secara besar-besaran dengan bateri melebihi 10,000mAh.

Walaupun membawa bateri yang hampir dua kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan telefon pintar hari ini, Realme masih berjaya mengekalkan profil yang cukup nipis, Telefon ini hanya tebal 9.08mm dan berat 219g, malah lebih nipis berbanding sesetengah power bank 10,000mAh yang ada di pasaran.

Menurut Realme, bateri Titan yang digunakan dibina menggunakan teknologi anod silikon karbon generasi baharu. Ia juga direka untuk menyokong sehingga 1,650 kitaran pengecasan dan dikatakan masih mampu mengekalkan lebih 80% tahap kesihatan bateri selepas lapan tahun penggunaan.

Dari segi pengecasan, telefon ini menyokong pengecasan pantas berwayar 80W. Realme mendakwa ia boleh mengecas daripada 0% ke 50% dalam masa hanya 36 minit. Menariknya, ia turut menyokong fungsi pengecasan terbalik pada 27W, membolehkan telefon ini digunakan untuk mengecas peranti lain.

Di bahagian hadapan, Realme P4 Power 5G menggunakan skrin HyperGlow 4D Curve+ AMOLED bersaiz 6.8 inci dengan resolusi 1.5K. Skrin ini turut menyokong kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits.

Kuasa pemprosesan telefon ini datang dari cip MediaTek Dimensity 7400 Ultra 5G, yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X 12GB serta storan dalaman UFS 3.1 256GB.

Untuk fotografi, ia dibekalkan dengan kamera utama 50MP Sony yang menyokong penstabil imej optikal (OIS), bersama kamera ultralebar 8MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP yang ditempatkan dalam lubang skrin.

Dari segi ketahanan, telefon ini hadir dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69. Telefon ini menjalankan Realme UI 7.0 berasaskan Android dan Realme turut menjanjikan 3 tahun kemas kini Android serta 4 tahun kemas kini keselamatan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme P4 Power.

Tags: RealmeRealme MalaysiaRealme P4 Power
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN