• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem khas Buzz Lightyear akan temui penonton pada Jun 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:35 pm
  • 29/10/2021
  • Komen
Filem khas Buzz Lightyear akan temui penonton pada Jun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah tonton kisah Toy Story? Watak apa yang paling anda suka? Jika anda menggemari filem itu, sudah tentu anda familiar dengan watak Buzz Lightyear. Dia merupakan adiwira angkasa dan rakan kepada Sheriff Woody.

Tidak lama lagi, Disney dan Pixar akan membawakan sebuah filem aksi berjudul Lightyear. Lihat pada judul sahaja, sudah tentu ia mengetengahkan watak Buzz Lightyear serta kisah mengenai kehidupannya. Filem ini diarahkan oleh Angus MacLane yang dahulunya merupakan pengarah bersama bagi filem Finding Dory.



Berdasarkan trailer yang dikongsikan, dapat dilihat Buzz menaiki kapal angkasa untuk pergi ke sebuah planet seperti mahu menyelesaikan sebuah misi. Mungkin karakter ini akan berlawan dengan makhluk asing kerana ada makhluk berwarna hijau yang dilihat melilit lehernya.

Selain itu, babak dalam trailer ini juga ada menunjukkan Buzz dengan robot kecil disisinya mengintai sebuah makhluk sambil sembunyi di sebalik rumput. Mungkin juga dia akan berlawan dengan makhluk jahat itu, yang kelihatan seperti robot dengan lampu berwarna merah.



Di samping itu, dalam filem ini juga ada karakter pekerja angkasa dan kucing berwarna oren yang kelihatan aneh kerana dia boleh pusingkan kepalanya 360 darjah.

Sebelum ini, watak Buzz disuarakan oleh Tim Allen. Namun, untuk filem ini suara karakter Buzz Lightyear itu diambil alih oleh Chris Evans. Dia merupakan pelakon yang memainkan watak Captain America dalam filem Marvel.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 16 Jun 2022. Namun, tidak diketahui sama ada ia akan dikeluarkan di Disney+ Hotstar atau menemui semua penonton di pawagam.

Tags: DisneyLIghtyear
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Filem khas Buzz Lightyear akan temui penonton pada Jun 2022

Filem khas Buzz Lightyear akan temui penonton pada Jun 2022

29 October 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN