• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan Lazada 11.11 sediakan ganjaran bernilai RM2 juta, Nissan Almera Turbo & banyak lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:05 pm
  • 29/10/2021
  • Komen
Jualan Lazada 11.11 sediakan ganjaran bernilai RM2 juta, Nissan Almera Turbo & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Jualan Lazada 11.11 akan kembali pada 11 November ini dan pelanggan berpeluang menikmati ganjaran bernilai lebih dari RM2,000,000 serta peluang memenangi salah satu daripada tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu. Para pembeli dalam talian juga boleh mengumpul Lazada Bonus dan baucar penghantaran percuma.

Berikut merupakan senarai tawaran yang disediakan dan cara untuk mendapatkannya:



1. Imbas kod QR untuk dapatkan ganjaran RM2 juta

Untuk mendapat akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah RM2,000,000, termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu, pengguna Lazada perlu mengimbas lima kod QR yang ada pada kenderaan penghantaran Lazada Logistics. Kenderaan itu akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik.

2. Jaminan harga terendah

Jaminan Harga Terendah turut menemui pengguna. Jika pelanggan menemui harga lebih rendah dari yang disediakan, perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan. Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusive bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi.



3. Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma

Selain itu, acara beli-belah 11.11 juga ada bawakan Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma paling banyak yang pernah ditawarkan sepanjang tahun. Mulai sekarang sehingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpul baucar penghantaran percuma setiap hari dan juga dapatkan diskaun
Lazada Bonus bernilai sehingga RM400. Melaluinya pelanggan boleh dapatkan potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November.

4. 70% diskaun untuk jenama rasmi

Di samping itu, pada 11 November dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, rakan-rakan jenama di LazMall akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70%. Tawaran ini boleh diperolehi daripada jenama rasmi seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi.

Pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan sesi pembayaran dapat dilakukan dengan pantas dan lancar. Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai terjamin. Proses pembayaran menerusi Lazada Wallet juga penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk RM0.01 Crazy Flash Sale yang terhad, kerana ia sering habis dijual dalam masa beberapa saat.

5. Chup Dulu

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh membuat pesanan awal untuk membeli produk yang diinginkan melalui Chup Dulu. Item boleh dipilih daripada jenama LazMall terkenal yang menyediakan tawaran eksklusif seperti Coach, Lancôme, Nespresso, Enfagrow, LEGO dan banyak lagi. Pembayaran deposit 10% perlu dibayar bermula 25 Oktober sehingga 10 November. Bakinya pula harus dilunaskan pada 11 November dari jam 2 pagi sehingga 11:59 malam.

6. Siaran langsung Super Show Lazada 11.11

Pada malam menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari jam 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive dan juga menerusi TV3. Acara ini akan menyiarkan persembahan dari Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop, SEeventeen dan juga selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann, dan juga Ain Edruce.

Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung. Melaluinya, pelanggan boleh dapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.

Tags: LazadaLazada 11.11
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jualan Lazada 11.11 sediakan ganjaran bernilai RM2 juta, Nissan Almera Turbo & banyak lagi

Jualan Lazada 11.11 sediakan ganjaran bernilai RM2 juta, Nissan Almera Turbo & banyak lagi

29 October 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER