• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mola platform strim baru tampil dengan kandungan unik, siaran langsung sukan dan konsert

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 01/11/2021
  • Komen
Mola platform strim baru tampil dengan kandungan unik, siaran langsung sukan dan konsert
Share on FacebookShare on Twitter

Mola, platform penstriman yang berasal dari Indonesia, kini telah tiba di Malaysia. dalam pengumuman ini, mereka turut menyatakan bahawa Mola meluaskan pasaran mereka ke Singapura dan Eropah.

Bagi membezakan Mola dengan platform penstriman lain, mereka menawarkan kandungan dengan fokus kepada interaksi dan hubungan sosial bersama penonton. Antaranya permintaan lagu semasa konsert siaran langsung, dan soal jawab semasa temuramah bersama selebriti.



Sudah pasti, Mola menawarkan filem dan drama bersiri di dalam langganan premium mereka. Tetapi mereka tidak melambakkan kandungan semata-mata untuk memenuhkan pustaka, sebaliknya membuat pilihan bagi menyenaraikannya di platform mereka.

Selain itu, Mola juga menyediakan siaran langsung acara sukan terpilih. Antaranya UFC, Bellator MMA, Belgian Pro League, French Cup dan Serie B. Di Indonesia, Mola menawarkan siaran langsung bola sepak Liga Perdana Inggeris dan gusti WWE. Bagaimanapun ia tiada di Malaysia, pastinya kerana lesen penyiaran ini dipegang oleh Astro.



Di Malaysia, Mola bekerjasama dengan SEDANIA Corporation untuk menyediakan platform bagi artis dan penerbit tempatan menghasilkan kandungan untuk tatapan antarabangsa.

Kepada yang berminat melanggan, Mola menawarkan langganan percuma untuk bulan pertama dan RM34.99/bulan selepas itu. Mola boleh diakses melalui laman web www.mola.tv, serta muat turun aplikasi mudah alih di Apple Appstore dan Google Playstore.

Bacaan Berkaitan

Astro tanpa satelit boleh dilanggan pada harga bermula RM49.06
Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box
Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
Tags: MolaMola TV
Najib

Najib

POPULAR

Mola platform strim baru tampil dengan kandungan unik, siaran langsung sukan dan konsert

Mola platform strim baru tampil dengan kandungan unik, siaran langsung sukan dan konsert

1 November 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN