• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

TnG eWallet Go+ tawar promo dividen 4% sehingga Januari 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:36 pm
  • 01/11/2021
  • Komen
TnG eWallet Go+ tawar promo dividen 4% sehingga Januari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Go+ adalah salah satu instrument pelaburan yang disuntik dalam APP TnG eWallet. Melaluinya, anda boleh menerima yang dikira secara harian apabila anda mendepositkan ke dalam Go+. Pulangan hariannya setakat ini adalah sekitar 1.4% namun mereka ada promo terbaru yang memberikan tambahan 4% dalam bentuk hibah kepada pulangan harian anda.

Untuk menyertainya amat mudah, anda hanya perlu kekalkan baki harian dalam Go+ sebanyak RM200 untuk anda menerima dividen pada hari tersebut. Amaun maksimum yang akan dikira untuk terima dividen adalah RM9,500 di dalam Go+.



Promo ini berjalan sekarang hingga 31 Januari 2022. Bermakna, anda berpotensi beroleh sehingga 92 hari dividen harian.

Berikut adalah perkiraan ringkas berapa banyak yang boleh anda cekau daripada promo ini.



  • Kadar dividen harian Go+ berlegar sehingga 1.45%/pa, ditambah pula dengan kadar promo 4%/pa, kadar harian dividen sepanjang promo akan jadi 5.45%/pa.
  • Seandainya anda mengekalkan baki dalam Gp+ pada maksimum RM9,500, anda akan menerima dividen harian sebanyak RM1.42.
  • Jumlah keuntungan yang bakal anda terima di akhir promo adalah adalah RM131.39 dengan syarat anda kekalkan semua dividen yang diperoleh sepanjang tempoh promo.

Ada beberapa syarat tambahan lain yang perlu anda ketahui. Walaupun katanya promo berakhir pada 31 Januari 2022, ia mungkin berakhir lebih awal sekiranya peruntukkan dividen oleh Go+ kehabisan iaitu pada paras RM4 juta.

Fungsi Go+ pada TnG eWallet adalah instrument pelaburan patuh Syariah yang ditambat pada produk Principal daripada CIMB.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promo ini, anda boleh pergi ke halaman FAQ.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TnG eWallet Go+ tawar promo dividen 4% sehingga Januari 2022

TnG eWallet Go+ tawar promo dividen 4% sehingga Januari 2022

1 November 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN