Bersempena cuti hujung tahun yang akan tiba, Lego ketengahkan pelbagai promosi, aktiviti dan set baru untuk peminat. Ada 10 set Lego dengan pelbagai tema seperti Lego Ninjago, Lego City dan Lego Friends yang anda boleh jadikan hadiah kepada ahli keluarga atau rakan ketika bercuti. Ada diantara set ini boleh didapati pada harga diskaun melalui saluran runcit terpilih.
10 Set Lego untuk dijadikan hadiah
10 set itu ialah, Heartlake City Grand Hotel berharga RM449.90. Ia merupakan bangunan 3 tingkat dan mempunyai banyak perincian unik pada bahagian luar dan dalam bangunan. Ada banyak elemen untuk diterokai, daripada bar piano, kaunter penerimaan tetamu, bilik tidur, ruang makan luaran, serta ciri mewah seperti spa dan penthouse. Set ini juga dilengkapi dengan beberapa karakter mini.
Kemudian, set Lego Zane’s Titan Mech Battle Legacy, anda boleh dapatkan karakter ninja dari siri Lego Ninjago musim kelima. Ia menampilkan kaki dan lengan yang boleh digerakkan. Ada juga pedang dan gergaji yang berpusing pada tangannya. Set ini juga mempunyai 4 minifigure iaitu Ninja Zane, Jay Legacy, Ghost Warriors Ghoultar dan Soul Archer. Harga runcitnya ialah RM289.90.
Seterusnya, bagi pencinta kenderaan, anda mungkin akan menyukai set Police Patrol Boat. Harganya ialah RM219.90. Melaluinya, anda boleh membina bot polis terapung dengan pusat kawalan, balai, penembak jaring untuk menjerat penjahat dan disediakan juga skuter skuba. Ada 5 minifigure disertakan bersamanya.
Ada juga set McLaren Senna GTR™ diketengahkan. Ia menampilkan ciri-ciri asli dari kereta sport sebenar. Ia dihasilkan dari 830 bata Lego. Tingginya lebih dari 9 cm dan panjang 32 cm, sesuai untuk dijadikan perhiasan atau bermain. Ia dijual pada harga RM239.90.
Diikuti pula set Harry Potter™ Hogsmeade™ Village Visit. Ia dijual pada harga RM399.90. Ini merupakan rekaan bangunan dari filem Harry Potter. Melaluinya, anda boleh cipta semula adegan dari filem sambil menggunakan karakter yang disediakan.
Set lain yang menjadi kegemaran ramai termasuklah, set Super Mario™ Adventures with Luigi Starter Course berharga RM259.90, Stunt Show Arena berharga RM449.90, Magical Caravan berharga RM219.90, The Legendary Flower Fruit Mountain berharga RM749.90 dan Deluxe Brick Box harga asalnya ialah RM249.90.
Untuk pembelian melebihi RM289 di kedai bertauliah Lego antara 1 November sehingga 31 Disember atau di Legoland Malaysia antara 15 November sehingga 31 Disember, pembeli akan menerima beg hadiah Lego dengan polibeg misteri.
Mereka yang berbelanja melebihi RM599 antara 26 November sehingga 31 Disember di kedai bertauliah Lego dan Legoland Malaysia pula akan menerima set Santa’s Front Yard sebagai hadiah perayaan.
Belajar membina set Lego melalui siaran langsung Youtube
Kumpulan Lego akan melancarkan siri siaran langsung YouTube yang dipanggil Lego Playdate. Melaluinya, ibu bapa dan anak-anak boleh meluangkan masa bersama mempelajari cara membina Lego. Disediakan juga peraduan mingguan dan hadiah giveaways pada bulan November dan Disember.
Siri ini dihoskan oleh pengacara dari Singapura, Cordelia Daphne. Episod pertama akan bermula pada Hari Kanak-Kanak Sedunia iaitu 20 November 2021. Selama enam minggu, ibu bapa dan anak-anak akan dibawa meneroka topik seperti Jobs and Aspirations (kerja dan aspirasi), Simple Machines (mesin ringkas), Ninjas and Dragons (ninja dan naga) , Books and Magic (buku dan magik), Technology in Play (teknologi dalam main), dan Dreams Holidays (percutian impian) melalui aktiviti hands-on dengan bata Lego.
Sebagai alternatif, nantikannya di halaman Facebook LEGO dan LEGO Certified Stores, serta pastikan anda RSVP sebaik sahaja halaman acara Facebook disiarkan secara langsung.
6 sesi ini akan diadakan pada 20 November, 27 November, 4 Disember, 11 Disember, 18 Disember dan 24 Disember 2021 pada pukul 2 petang waktu Malaysia.
Lego Santa’s Visit
Selain itu, Lego juga menyediakan set baharu iaitu Santa’s Visit. Ia direka dengan bentuk sebuah rumah kecil, di mana ada keluarga sedang sibuk bersiap-siap menunggu kedatangan Santa. Ada pokok krismas, hadiah yang sudah dibalut, kad dari peti surat, susu dan biskut untuk Santa, meja makan yang dihias dan banyak lagi perincian lain untuk menyambut krismas. Apabila set lego ini siap dibina, maka Santa sudah boleh masuk dari cerobong asap untuk menghantar hadiah. Set ini dijual pada harga RM449.90.