• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vakum Dreame H11 & H11 Max dilancar, hapus kotoran kering & basah pada permukaan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:31 pm
  • 02/11/2021
  • Komen
Vakum Dreame H11 & H11 Max dilancar, hapus kotoran kering & basah pada permukaan
Share on FacebookShare on Twitter

Dreame bawakan 2 jenis vakum terbaru siri H11 iaitu Wet & Dry H11 dan H11 Max. Dreame merupakan sebahagian daripada ekosistem Xiaomi dan ia menumpukan perkakas rumah. Dreame ini merupakan alternatif atau saingan kepada vakum Dyson. Ada beberapa pilihan vakum Dyson yang mempunyai harga hampir sama dengan siri H11, seperti Dyson V8 Slim dan Dyson Micro 1.5kg. Kedua-dua model ini ada jangka hayat bateri antara 20 sehingga 40 minit, namun tiada tangki air.

Mr Edward Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies berkata, bersempena pelancaran produk ini, mereka akan menawarkan rangkaian H11 pada harga pengenalan yang menarik agar ia dapat digunakan semua.



H11, H11 Max & Harga

Vakum siri Dreame H11 direka untuk menghapuskan kotoran kering dan basah pada semua jenis permukaan. Vakum H11 dan H11 Max mempunyai dua tangki. Air bersih dan cairan pembersih disembur secara berterusan daripada tangki sebesar 900ml semasa berus penggelek sedang bekerja.

Air daripada berus akan digerakkan ke dalam tangki air kotor sebesar 500ml bagi memastikan berus penggelek kekal bersih semasa mengemop.



Berus penggelek bukan sahaja akan dibilas dan dibersihkan secara automatik semasa sedang diguna, terdapat juga mod pembersihan kendiri untuk pembersihan lebih mendalam. Hanya letakkan vakum di tempat pengecas dan tekan butangnya untuk membersihkan berus penggelek dengan lebih sempurna tanpa perlu melakukan sendiri secara manual.

Baterinya berkapasiti besar dan boleh bekerja tidak kurang dari 30 minit. Ini menjadikan ia lebih mudah untuk membersihkan rumah yang luas. Vakum ini memiliki paparan skrin LED dan prom suara pintar untuk memberikan arahan.


H11 Max didatangkan dengan ciri tambahan seperti mod pengesan habuk automatik. Ia boleh laras tetapan sedutan secara automatik mengikut tahap kekotoran. Selain itu, H11 Max juga mampu melakukan pembersihan mendalam dengan keluasan sehingga 200 m² dengan kuasa bateri yang mampu bertahan selama 36 minit.

Harga jualan H11 adalah RM1,999, manakala harga jualan H11 Max adalah RM2,499. Kedua-dua produk boleh dibeli melalui e-store rasmi Dreame di
Shopee. Namun, bersempena dengan pelancaran ini, 50 unit H11 dan H11 Max akan dijual pada harga pengenalan, iaitu RM1,388 dan RM1,788 melalui e-store rasmi Dreame di Shopee.

Beli sambil menyumbang

Bersempena pelancaran ini juga, Uniqbe umumkan bahawa mereka akan memperuntukkan 11% hasil jualan bagi merealisasikan impian dan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, melalui kolaborasi bersama Make-A-Wish Malaysia. Inisiatif ini akan berjalan sehingga Tahun Baru Cina.

Kanak-kanak ini adalah antara yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit yang di hidapi. Mereka mensasarkan sumbangan sebanyak RM100,000 sepanjang tempoh itu.

Melalui Make-A-Wish, kanak-kanak dan ahli keluarga diberi satu “wish day” di mana aktiviti yang mereka idamkan akan diatur untuk mereka. Untuk maklumat lanjut tentang Dreame dan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, anda boleh layari laman rasmi Dreame.

Dengan pelancaran Dreame di Malaysia, masyarakat kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan perkakas rumah yang berteknologi tinggi pada harga yang lebih kompetitif.

[Sumber: Dreame]

Tags: DreameH11 MaxUniqbeWet & Dry H11
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Vakum Dreame H11 & H11 Max dilancar, hapus kotoran kering & basah pada permukaan

Vakum Dreame H11 & H11 Max dilancar, hapus kotoran kering & basah pada permukaan

2 November 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER