• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 9 pertaruh kehebatan kamera 50MP RYYB dengan harga premium

  • OLEH Najib
  • 8:59 pm
  • 08/11/2021
  • Komen
Huawei Nova 9 pertaruh kehebatan kamera 50MP RYYB dengan harga premium
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan baru, Nova 9. Ia mempertaruhkan kehebatan kamera kelas flagship di dalam pakej peranti kelas pertengahan.

Siri Nova disasarkan untuk pengguna muda remaja dan belia, jadi ia mengekalkan rekaan moden dan segar di Nova 9.



Harga dan Promosi Awal

Huawei telah menetapkan harga rasmi untuk Nova 9 di Malaysia pada RM1,999. Tetapi orang ramai boleh mendapatkan Nova 9 dengan tawaran istimewa tempahan awal, yang dibuka dari 8 hingga 19 November 2021. Terdapat dua warna ditawarkan, hitam dan biru, Tempahan awal boleh dibuat di Stor Online Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng.

Pembeli Huawei Nova 9 dalam tempoh tempahan awal akan menerima fon telinga Huawei FreeBuds Pro bernilai RM699 serta hadiah tambahan berkaitan Huawei Mobile Services (HMS) bernilai sehingga RM130. Hadiah tambahan ini dibahagikan kepada dua, pengguna baru dan pengguna sedia ada atau pernah mencuba.



Pengguna Baru:

  • Percuma 1 bulan storan awan Huawei Cloud 50GB
  • Percuma 1 bulan pas tanpa had Huawei Video+
  • Percuma 3 bulan Huawei Music Premium
  • Percuma kredit buku di Huawei Books
  • Percuma pek hadiah permainan di Huawei AppGallery
  • Potongan 30% untuk Huawei Themes terpilih

Pengguna sedia ada (atau pernah mencuba sebelum ini):

  • Storan awan Huawei Cloud 50GB hanya RM1 atau 200GB hanya RM3 di bulan pertama
  • Pas tanpa had Huawei Video+ hanya RM1 untuk sebulan
  • Huawei Music Premium selama dua bulan hanya RM1/bulan
  • Potongan 30% untuk Huawei Themes terpilih
  • Percuma pek hadiah permainan di Huawei AppGallery

Semua pemilik Nova 9 juga boleh menebus baucar potongan 15% untuk Hungry dan potongan RM5 Caring Pharmacy, di aplikasi Huawei Member Center.

Spesifikasi Huawei Nova 9

Huawei memasarkan Nova 9 sebagai telefon pintar dengan sistem kamera ultra-vision. Ia memiliki empat kamera belakang, dengan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor RYYB. Gandingannya adalah kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Ia dilengkapi skrin OLED 120Hz HD Penuh, seluas 6.57-inci.

Kuasa penggerak pula diuruskan oleh pemproses Snapdragon 778G, tetapi tanpa 5G. Ini kerana sekatan Amerika Syarikat, mengakibatkan Huawei tidak boleh mendapatkan bekalan cip 5G. Laman produk Huawei Malaysia menyenaraikan Nova 9 bersama RAM sebesar 8GB dan storan seluas 256GB.

Bateri berkapasiti 4,300mAh terdapat di dalam Nova 9 dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W. Hanya 38 minit untuk mengecas penuh. Telefon ini juga menyokong sambungan wayarles dalam bentuk Wifi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.2.

Nova 9 menggunakan sistem operasi EMUI 12, tetapi ia masih belum boleh menggunakan perkhidmatan Google. Pelbagai aplikasi Android boleh dimuat turun menerusi Huawei AppGallery.

Dengan harga RM1,999, Huawei Nova 9 bersaing ketat dengan peranti kelas flagship bukan sahaja daripada jenama China seperti Xiaomi 11T Pro dan Realme GT Neo 2, tetapi juga dengan Samsung Galaxy S20 FE.

Bacaan Berkaitan

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super
Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang
Huawei MateBook 14s: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: HuaweiHuawei Nova 9
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 9 pertaruh kehebatan kamera 50MP RYYB dengan harga premium

Huawei Nova 9 pertaruh kehebatan kamera 50MP RYYB dengan harga premium

8 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER