Samsung memang gemar hadir dengan produk unik. Produk yang share dengan anda dalam artikel ini, sebelah kakinya berada di dunia TV dan sebelah lagi berada dalam dunia monitor.
Samsung Smart Monitor hadir dalam dua varian iaitu:
- Samsung Smart Monitor M5
- Samsung Smart Monitor M7
M5 dan M7 dibezakan pada resolusi, port I/O dan beberapa perbezaan kecil lain. Jadi, apa yang saya ceritakan terpakai untuk M5 dan M7 kecualilah saya nyatakan secara spesifik apabila memetik varian-varian tertentu.
Apa beza dengan monitor biasa?
Alat kawalan inilah yang menjadi salah satu pembeza antara Smart Monitor dengan monitor biasa. Dengan remote ini, anda boleh kawal monitor daripada jauh, itupun kalau anda letak monitor ini jauh daripada anda. Namun, setelah menggunakannya beberapa ketika, saya cuma gunakan alat kawalan untuk mengubah tetapan walaupun tangan saya berada dalan lingkungan.
Satu lagi beza monitor ini dengan yang biasa, anda boleh install APP. Melalui APP Store, ada macam-macam APP boleh dipasang. Contoh yang terpasang ialah Netflix dan Apple TV.
M5 dan M7 menerima alat kawalan yang berbeza daripada segi fizikaliti, namun taburan butang dan fungsinya tetap sama.
Apa beza dengan TV biasa?
Macam yang saya katakan tadi, sebelah kakinya ada dalam dunia TV, bukan kedua-duanya sebab ia bukanlah TV konvensional. Setakat ini, semua produk yang diklasifikasi sebagai TV yang saya jumpa, akan ada jek untuk anda tambat antenna MyTVatau Digital TV. itu sajalah yang bezakan Smart Monitor dengan Smart TV.
Tapi kekurangan itu dengan mudahnya boleh diperbaiki sekiranya anda dapatkan seunit penala TV digital untuk anda layani siaran TV digital tempatan ataupun anda boleh dapatkan Android Box sekiranya platform penstriman kegemaran anda tidak terdapat pada sistem operasi Tizen yang menguasakan monitor ini.
Monitor M5 FHD vs. Monitor M7 4K UHD
Berikut adalah varian Samsung Smart Monitor yang boleh anda dapatkan:
- Samsung Smart Monitor M5 27″
- Samsung Smart Monitor M5 32″
- Samsung Smart Monitor M7 32″
Samsung Smart Monitor M5 saya reviu ini adalah yang bersaiz 27″. Kedua-dua Smart Monitor M5 dan M7 menggunakan panel VA tapi berbeza pada resolusi. Kalau anda perlukan resolusi 4K untuk dipadankan dengan konsol generasi baharu, M7 adalah jawatannya kalau anda nak berjimat, resolusi FHD pada M5 ditawarkan pada saiz 27″ ataupun 32″.
Saya kurang sarankan untuk ada dapatkan Monitor M5 bersaiz 32″ kerana pada saiz sebegitu dan jarak menonton yang agak hampir, saya dapati yang butiran pikselnya jelas kelihatan walaupun pada varian 27″. Dapatkannya sekiranya anda betul-betul tiada bajet untuk Smart Monitor M7 tapi anda masih perlukan saiz 32″.
Dengan panel 32″ pada resolusi 4K UHD, anda akan beroleh ruang kerja yang sangat bila anda sambungkan komputer kepadanya, kalau tak sukakan saiz ikon yang kecil, anda boleh ubahnya dalam tetapan Windows.
Kedua-dua monitor ini menyokong HDR10+ untuk dipaparkan. Hal ini bermakna kecerahan maksimum panel boleh pergi melebih 1,000 nits namun dalam keadaan biasa, ia berada sekitar 300 nits, seperti yang dilaporkan oleh pengeluarnya. Melengkapi panel paparan ialah sistem audio stereo berjumlah 10W. Saya dapati yang speakernya jauh lebih baik daripada banyak monitor ber-speaker lain di luar sana.
Ia lebih menyerupai sebuah TV dan jika diambil kira dengan jarak tontonan yang sesuai, ia sangat cukup. Tak perlu lagi beli soundbar ataupun kelengkapan audio tambahan. Selain diberikan kaki, Monitor ini juga ada sistem penyangkut VESA 100mm kalau anda nak gantungkannya di dinding. Pada sudut port I/O, di Smart Monitor M7 anda beroleh port-port seperti berikut:
- USB
- HDMI
- USB-C
Berikut adalah port yang anda perolehi pada Smart Monitor M5:
- USB
- HDMI
Apa yang pintar dengan Samsung Smart Monitor?
Kalau dah namapun namapun Smart Monitor, tentu sekali anda nak tahu apa yang smart tentangnya? Saya akan cerita satu persatu. Bila buka TV, anda akan nampak Samsung Smart Hub. Kalau anda ada TV pintar Samsung, anda pasti biasa dengannya.
Ada macam-macam APP boleh dipasang melalui gedung aplikasi, semua yang anda pasang berada kat bahagian bawah user interface. Buat pengguna telefon Samsung yang ada fungsi Samsung DeX, anda boleh manfaatkan Samsung Dex secara wayarles ataupun berwayar.
Namun, kami hadapi masalah sikit bila nak gunakan DeX kerana kami perlu putuskan sambungan Wi-Fi monitor ini dan barulah boleh ber-DeX. Proses ni jadi lecehlah. Bukankah ia sepatutnya cukup pintar?
Untuk pengguna Android lain, mereka boleh gunakan ciri Miracast manakala Apple boleh gunakan AirPlay 2. Ada juga fungsi Microsoft365 pada monitor ini kalau-kalau anda perlu sunting dokumen. Cumanya, pengalamannya tidaklah begitu optimize kerana ia seperti menggunakan browser iframe dan agak laggy.
Anda boleh sambungkan aksesori seperti keyboard dan mouse melalui port USB. Ada 2 di bahagian belakang ataupun gunakan saja aksesori bluetooth seperti Samsung Smart Keyboard Trio 500 ini.
Berapa Harga dan untuk siapakah Samsung Smart Monitor ini?
Saya dapati yang harga Samsung Smart Monitor agak berbaloi, berikut adalah senarai harganya:
- Samsung Smart Monitor M5 27″ – RM1,288
- Samsung Smart Monitor M5 32″ – RM1,388
- Samsung Smart Monitor M7 32″ – RM1,999
Pertama sekali, anda kena sedar yang monitor ini gabungkan 3 benda dalam satu.
- Monitor
- Soundbar
- Smart TV
Kalau anda nak beli 3 benda ni berasingan, kos yang perlu anda tanggung tidaklah jauh beza. Misalnya, dalam pasaran, harga monitor FHD 27″ saya jumpa berada dalam julat harga RM500 hingga RM800, kemudian anda kena cari subwoofer lagi dan akhir sekali anda nak masukkan ciri pintar, kena cari Android Box pula. Cerita yang sama turut boleh diguna pakai untuk Smart Monitor M7.
Nemun begitu, Smart Monitor tetap ada kelebihan sebab ia cuma dikuasakan 1 kabel ni sahaja sedangkan kalau anda beli asing, anda mungkin perlukan sehingga 3 soket kosong. Maka, daripada segi kekemasan, Smart Monitor tetap win pada saya.
Saya bayangkan yang orang ini ada ruang terhad, contohnya tinggal di asrama ataupun ruang biliknya sempit dan perlukan satu produk multiguna. Ia boleh digunakan sebagai monitor biasa. Untuk kerja kreatif pun baik kerana panelnya ada warna yang cantik serta view angle baik hasil penggunaan panel VA LCD.
Nak berlibur pun ok sebab dah ada sistem audio yang baik.Tak perlu dapatkan aksesori tambahan. Ia kekalkan setup meja yang kemas dan teratur.