• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Aspire Vero, laptop boleh dikitar semula dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 10/11/2021
  • Komen
Acer Aspire Vero, laptop boleh dikitar semula dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pencinta alam sekitar dan gemar kitar semula barang buangan, anda boleh semak laptop terbaru Acer ini, Acer Aspire Vero. Ia adalah laptop yang diperbuat daripada bahan kitar semula termasuk bungkusan, serta boleh dikitar semula jika tidak digunakan lagi.

Acer Malaysia turut mengumumkan kempen “Make your Green Mark” bersama pelancaran laptop baru ini. Dalam kempen ini, Acer Malaysia telah mengambil 15 pokok angkat di Taman Tugu, dengan kerjasama lima rakan iaitu Microsoft, National Cancer Society of Malaysia, PIKOM dan Team Lugiami. Ia juga sebahagian daripada “Project Humanity”, yang dilancar Acer pada tahun 2017.



Harga dan Promosi

Acer menjual laptop Aspire Vero dalam dua pilihan, menggunakan cip Intel Core generasi ke-11 antara Core i5 dan Core i7, serta pilihan RAM 8GB dan 16GB. Lain-lain perkara adalah sama antara keduanya.

  • Core i5-1155G7, RAM 8GB, SSD 512GB – RM3,399
  • Core i5-1195G7, RAM 16GB, SSD 512GB – RM4,299

Laptop ini datang dengan jaminan tempatan selama 2 tahun, dan jaminan antarabangsa selama 1 tahun. Acer juga memberikan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021 dipasang siap di dalam laptop, dengan lesen sepanjang hayat.



Anda boleh mendapatkan Aspire Vero mulai 11 November 2021 daripada pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

Khas sebagai promosi pengenalan, Acer menyediakan hadiah percuma untuk pembelian Aspire Vero antara 11 hingga 19 November 2021. Hadiah yang disediakan bernilai sehingga RM497 iaitu beg Acer, Acer Gateway Pro wireless headset atau kredit eWallet Touch ‘n Go.

Di samping itu, setiap pembelian Aspire Vero akan turut menyumbang sebanyak RM100 untuk program pokok angkat di Taman Tugu. Acer mensasarkan untuk menambah lagi 15 pokok angkat dengan sokongan pembeli.

Pembelian Acer Aspire Vero boleh didapati di kedai berikut:

  • Acer eStore
  • (Shopee) Acer Flagship Store
  • (Shopee) NBP
  • (Shopee) Just IT
  • (Shopee) Viewnet
  • (Shopee) Clicknet
  • (Lazada) Brightstar
  • (Lazada) AonePlus
  • (Lazada) Style Vision
  • Kedai Acer Concept Store

Bahan kitar semula dan boleh dikitar semula

Acer menggunakan plastik yang dikitar semula daripada pengguna (post-consumer recycled, PCR) dalam menghasilkan Aspire Vero. Sebanyak 30% PCR digunakan di badan dan 50% pada butang kekunci. Rekaannya juga memastikan komponennya mudah diceraikan, diperbaiki, dipertingkatkan dan dikitar semula.

Kotak bungkusan Aspire Vero diperbuat daripada sekitar 80-85% kertas pulpa yang dikitar semula. Acer mengurangkan penggunaan plastik dengan menggantikan pembalut kepala pengecas kepada kertas. Mereka juga menggunakan dakwat diperbuat daripada soya untuk cetakan. Beg galas pula diperbuat daripada plastik industri yang 100% dikitar semula.

Menambah kelestarian alam sekitar di laptop ini adalah ia tidak menggunakan sebarang cat untuk mewarnakan badan laptop. Bermakna, warna laptop ini adalah warna asli materi tersebut. Acer juga membuat kotak bungkusan boleh digunakan sebagai tempat meletak komputer riba, selain 100% boleh dikitar semula.

Spesifikasi

Kuasa Aspire Vero dijana oleh cip Intel Core generasi ke-11, bersama grafik Intel Iris Xe. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4x sehingga 16GB, serta storan PCIe NVMe SSD 512GB.

Skrinnya berukuran 15.6-inci, jenis IPS LCD dengan resolusi HD Penuh. Kamera web HD terletak di atas skrin, di dalam bingkai yang agak tebal.

Port sambungan yang disediakan di Aspire Vero cukup lengkap iaitu 1 port HDMI 2.0, 2 port USB3.2 gen 1, 1 port USB-C 3.2 Gen 1, 1 port LAN RJ-45 dan 1 jek audio 3.5mm. Sambungan wayarles pula menyokong Wifi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.1.

Menurut Acer, bateri di Aspire Vero mempunyai hayat sehingga 7 jam dengan sekali cas penuh. Laptop ini memiliki ketebalan 17.9mm dan berat 1.8kg.

Tags: AcerAcer Aspire Vero
Najib

Najib

POPULAR

Acer Aspire Vero, laptop boleh dikitar semula dilancar di Malaysia

Acer Aspire Vero, laptop boleh dikitar semula dilancar di Malaysia

10 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER