• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab perkenal Intercity, tempahan tiket bas dan feri lebih 15,000 laluan seluruh negara

  • OLEH Najib
  • 1:05 pm
  • 10/11/2021
  • Komen
Grab perkenal Intercity, tempahan tiket bas dan feri lebih 15,000 laluan seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah melonggarkan banyak sekatan perjalanan dalam negara, membolehkan rakyat dapat bergerak merentas negeri. Grab kini mengumumkan satu perkhidmatan baru di dalam aplikasi mereka, dikenali sebagai Intercity.

Intercity menyediakan perkhidmatan membuat tempahan tiket bas dan feri untuk merentas negeri, terus di dalam aplikasi Grab. Ia akan melengkapi perkhidmatan sedia ada di Grab seperti Hotels dan Attractions, memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai perkhidmatan di dalam satu aplikasi.



Cara menggunakan Grab Intercity

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Pilih Intercity di bawah Transport
  3. Pilih tab ‘Bus’ atau ‘Ferry’
  4. Pilih lokasi bertolak (depart from?) dan destinasi (travel to?)
  5. Masukkan tarikh bertolak dan pulang, dan jumlah penumpang dewasa (adult) dan kanak-kanak (children)
  6. Pilih waktu dalam senarai yang diberi, pilih tempat duduk dan buat bayaran.

Grab bekerjasama dengan Splyt dan Easybook dalam menyediakan perkhidmatan Intercity. Splyt adalah rakan kerjasama Grab untuk menjayakan integrasi tempahan ke dalam Grab. Easybook pula penyedia perkhidmatan tempahan bas, keretapi dan feri terbesar di Asia Tenggara.



Dengan adanya Intercity, pengguna Grab boleh menempah tiket bas dan feri dan membuat bayaran menggunakan GrabPay, sekaligus menerima ganjaran dalam bentuk GrabRewards. Ia juga menyediakan lebih 15,000 laluan bas dan feri di seluruh Malaysia.

Grab menjamin, semua penyedia perkhidmatan di bawah Interciy mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Antaranya:

  1. Pemandu dan penyedia perkhidmatan perlu memastikan semua penumpang menunjukkan sijil vaksin sebagai bukti telah lengkap vaksin.
  2. Tiada penjarakan tempat duduk tetapi penumpang diminta untuk mengurangkan perhubungan sesama sendiri dan menjaga jarak fizikal.
  3. Penumpang perlu memakai pelitup muka sepanjang masa perjalanan.
Tags: GrabGrab Intercity
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Grab perkenal Intercity, tempahan tiket bas dan feri lebih 15,000 laluan seluruh negara

Grab perkenal Intercity, tempahan tiket bas dan feri lebih 15,000 laluan seluruh negara

10 November 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN