• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:23 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera Sony Alpha 7 IV adalah iterasi terbaharu Sony untuk siri Alpha 7. Daripada sudut spesifikasi, ia dikatakan diposisikan kepada pengguna hibrid gambar dan video kerana spesifikasinya lebih versatil dalam kedua-dua dunia itu.

Harga Sony Alpha 7 IV di Malaysia

Di laman rasmi Sony Malaysia, Sony Alpha 7 IV disenaraikan sebagai tempahan awal pada harga RM11,499 untuk badan sahaja. Pembeli turut boleh memilih kombo dengan lensa 28-70mm pada harga RM12,499. Sebagai perbandingan, dalam pasaran A.S, kamera ini dijual pada harga USD2,500 (RM10,395) untuk badan sahaja ataupun USD2,700 untuk kombo bersama lensa 28-70mm (RM11,226).



Tarikh sebenar penjualan kamera ini tidak pula didedahkan tapi berbeza berbanding sewaktu pengumuman global tempoh hari. Ketika itu, Sony Malaysia umumkan yang A7 IV akan boleh didapati dalam Disember 2021.

Namun daripada berita terbaharu, tempahan awalnya melangkaui maklumat asal iaitu sehingga 9 Januari 2022. Besar kemungkinan tarikh penjualan telah ditunda dan kami telah menghubungi pihak Sony Malaysia untuk kepastian.



Antara promosi yang sedang berjalan adalah pemberian percuma kad SD 64GB bernilai RM229 dan sebuah bateri NP-FZ100 bernilai RM402.

Ada juga promosi pembelian atas pembelian (PWP) apabila anda dapatkan lensa:

  • FE 24mm F1.4 GM
  • FE 35mm F1.4 GM
  • FE 24-105mm F4 G OSS

Sekiranya anda dapatkan mana-mana satu lensa di atas bersama-sama Sony Alpha 7 IV, anda turut beroleh beg Peak Design Everday Sling 6L bernilai RM549.

Spesifikasi Sony Alpha 7 IV

Sony A7 IV dilengkapi panel paparan utama boleh kilas sebesar 3” dengan resolusi 1MP dan peka sentuhan. EVF-nya katanya ditambah baik, kini refresh ratenya dipertingkat kepada 120fpx dengan resolusi dinaikkan kepada 3.69MP.

Daripada segi port I/O, kamera ini agak mewah dengan ciri-ciri itu. Anda dapat port  USB-C yang boleh digunakan bersama penyesuai Ethernet untuk perpindahan data superpantas sehingga 1Gbps. Anda juga dapat mikro-USB untuk kegunaan lain. Untuk audio, anda teirma dua jek masing-masing untuk mikrofon dan earfon untuk tujuan monitoring.

Sebanyak dua slot storan diberikan, satu untuk CFexpress Type-A manakala slot kedua boleh terima kad SD berformat sehingga UHS-II.

Di bahagian teras kamera, Sony menyematkan sensor full frame 33MP dengan cip pemproses imej terbaharu Bionz XR, cip yang sama yang menguasakan Sony A1. Apabila merakam video, ia boleh merakam sehingga 4K@30 tanpa sebarang crop berlaku. Namun apabila frame rate yang lebih tinggi diperlukan, kamera terpaksa mengenakan crop sebanyak 1.5x.

Sony A7 IV masih menggunakan battery NP-FZ1000 seperti model-model sebelumnya. Berdasarkan penarafan CIPA, ia boleh pergi sehingga 610 gambar sebelum perlu dicas semula.

Bacaan berkaitan

Sony Xperia Pro-I dilengkapi sensor kamera 1” dan apertur boleh laras – SoyaCincau.com

WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony – SoyaCincau.com

Slot SSD M.2 PS5 kini aktif, anda boleh perluaskan storan konsol sekarang – SoyaCincau.com

Tags: kameraSonysony a7 ivsony alpha 7 iv
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia

Sony Alpha 7 IV: Maklumat penjualannya di Malaysia

15 November 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER