• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:59 am
  • 01/10/2021
  • Komen
WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony
Share on FacebookShare on Twitter

Disebelah spektrum premium produk TWS dan headfondaripada Sony, kita ada WF-1000XM4 dan WH-1000XM4yang ditawarkan masing-masing pada harga RM1,099 & RM1,599. Kalau harga itu tak terjangkau, pilihan yang lebih mampu milik  murah daripada Sony baru saja dilancarkan dengan tanda model WF-C500 dan WH-XB910N yang masing-masing ditawarkan pada harga RM449.dan RM799.

WF-C500 alternatif lebih murah TWS Sony

TWS ini ada kelebihan berbanding pesaingnya dalam pasaran ialah pada segi ia mampu menala audio yang keluar daripadanya jadi lebih baik menggunakan teknologi Digital Sound Enhancement Engine (DSEE).



Lebih menarik, sound stage untuk TWS ini baik katanya melalui ciri 360 Reality Audio.

Daripada fizikaliti, ia sama saja bentuknya seperti lain-lain terutamanya pada rekaan yang memberikan paras ergonomic tinggi untuk si pemakai. Namun, hayat bateri yang diiklankan agak mengagumkan. Dengan satu bateri penuh, ia beroperasi sehingga 10 jam lamanya dan tambahan 10 jam berbekalkan tenaga yang sedia ada dalam bekas pengecasnya.



Untuk spesifikasi teknikal lain, TWS ini dibekalkan pemacu audio 5.8mm dan kalis air pada tahap IPX4. Mengecas penuh bateri pada unit audio mengambil masa kira-kira 2.5 jam manakala bekas pengecas memerlukan 3 jam untuk diisi penuh.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

WH-XB910N warisi ciri menarik WH-1000XM4

XB910N miliki rupa yang hampir serupa dengan 1000XM4, sekilas pandang memang sudah untuk bezakan antara keduanya. Bukan saja rupa yang sama, ciri-ciri pun hampir sama. Contohnya, ia hadir dengan ciri penyaring hingar (ANC) seperti saudara yang lebih premium.

Pemacu audio 40mm pada unit ini membolehkannya menghasilkan bunyi lebih padu daripada C500. Makanya, ia layak untuk diberikan cap ExtraBass.

Baterinya juga jauh lebih besar daripada versi TWS dan sangat baik untuk sebuah headfon. Satu tangki penuh boleh berikan anda 30 jam waktu guna, walaupun bekas penyimpannya tidak didatangkan dengan bateri terbina seperti unit TWS.

Selain sambungan Bluetooth yang menggunakan bateri, kalau headfon ini kehabisan bateripun ia masih boleh digunakan secara pasif iaitu melalui jek audio 3.5mm. Cumanya anda kehilangan ciri ANC.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: headfonSonysony WH-XB910Ntws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony

WF-C500 & WH-XB910N, alternatif audio mudah alih mampu milik terbaik Sony

1 October 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN