• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:37 pm
  • 16/11/2021
  • Komen
Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram kini mengetengahkan dua ciri baru pada Reels, tetapi ciri ini sebenarnya sudah lama ada di Tiktok. Ia dikenali sebagai text-to-speech dan voice effect (kesan suara). Pengguna tegar Tiktok yang sering muat naik video pasti sudah biasa dengan ciri tersebut.

Melalui text-to-speech, perkataan di dalam video akan dibaca semula secara jelas oleh suara yang kedengaran seperti suara Siri. Manakala voice effect pula membolehkan pengguna mengubah bunyi suara mereka kepada pelbagai nada seperti suara Chipmunk dan robot.



Di Reels Instagram pula, kini selepas pengguna taip teks pada video, mereka boleh aktifkan text-to-speech dengan tekan pada ikon bujur berwarna putih di sudut kiri bawah skrin.

Pengguna kemudian boleh pilih satu dari dua pilihan jenis suara untuk menyuarakan teks yang tertera, sebelum siarkan video. Ini merupakan kelebihan text-to-speech pada Reels kerana mempunyai pilihan suara. Berbanding TikTok, tiada pilihan jenis suara diberikan.



Buat masa ini, saya masih belum dapat akses kepada ciri text-to-speech, namun apabila ia tiba nanti pasti ciri ini akan menjadikan video lebih menghiburkan, sama seperti kebanyakan video di TikTok yang sudah disunting dengan text-to-speech.

Kemudian, untuk voice effect di Reels, ia berfungsi hampir serupa dengan voice effect di TikTok, suma TikTok mempunya lebih banyak pilihan voice effect. Buat masa ini di Reels ada 5 pilihan suara sahaja iaitu helium, giant, vocalist, announcer dan robot dan ini merupakan kekurangannya berbanding TikTok. Untuk mencubanya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Rakam video anda di Reels
  2. Setelah selesai, tekan preview
  3. Tekan Adjust Audio
  1. Tekan butang tiga titik di bawah pilihan Camera Audio
  2. Akhir sekali pilih jenis suara yang anda mahukan

Walaupun anda akan temui pilihan kesan suara yang sama dalam TikTok dan Reels seperti robot dan giant, tetapi ketahuilah bunyi yang dihasilkan adalah berbeza. Maka dari situ anda boleh tahu, mana satu kesan suara yang menarik untuk digunakan di dalam video.

[Sumber: Engadget]

[Sumber gambar: Tomsguide]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya

Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya

16 November 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN