• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 50 Lite akan dijual di Malaysia di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 18/11/2021
  • Komen
Honor 50 Lite sah hadir ke Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan tarikh jualan Honor 50 Lite, hari ini Honor Malaysia mengumumkan terus harga jualannya. Pada 25 November 2021, peminat di Malaysia boleh mendapatkan telefon pintar Honor 50 Lite pada harga RM999 sahaja.

Honor 50 Lite didatangkan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Pembeli boleh memilih antara tiga warna yang disediakan iaitu biru, perak dan hitam.



Lebih menarik lagi, khas untuk pembeli terawal Honor 50 Lite, akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM300 iaitu beg galas dan speaker Bluetooth. Hadiah percuma ini terhad, jadi siapa cepat dia dapat.

Orang ramai boleh mendapatkan Honor 50 Lite daripada Honor eStore, Stor Honor Lazada, Stor Honor Shopee, Senheng, senQ, Digi dan Maxis.



Spesifikasi

Telefon pintar terbaru Honor ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 662, tanpa 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB, tetapi tiada slot kad mikroSD untuk menambah ruang storan.

Paling utama, Honor 50 Lite memiliki Google Playstore serta Google Mobile Services, membolehkan ia menggunakan semua perkhidmatan Google dan memasang aplikasi Google. Sistem operasi Android 11 bersama antaramuka Magic UI 4.2 digunakan di telefon ini.

Skrinnya berukuran 6.67-inci HD Penuh, jenis LCD dengan kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari pula terdapat di tepi, digabungkan dengan butang kuasa. Kamera hadapannya ada satu iaitu 16MP. Tetapi agak pelik kerana ia terletak di dalam lubang bujur, seolah-olah ada 2 kamera padanya.

Kamera belakangnya ada empat, dalam modul bulat besar seperti rupa Huawei Mate 20 dahulu. Kamera tersebut adalah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP.

Honor 50 Lite didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh. Kehebatan yang ditonjolkan pada telefon ini adalah sokongan pengecasan pantas 66W, membolehkan ia mengecas penuh dari 0-100% dalam masa 39 minit sahaja.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
  • Honor MagicBook 15 diperbaharui kuasa Ryzen 5 55500U ada diskaun RM200 untuk pembeli terawal
  • Siri Magic 3 adalah telefon termahal Honor dengan kuasa terhebat Snapdragon 888+ & zum kamera 100x
Tags: honorHonor 50 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Honor 50 Lite sah hadir ke Malaysia bulan ini

Honor 50 Lite akan dijual di Malaysia di bawah RM1,000

18 November 2021
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN