• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Bekas jururawat percaya Apple Watch penyelamat nyawa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:00 pm
  • 19/11/2021
  • Komen
Bekas jururawat percaya Apple Watch penyelamat nyawa
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch sekali lagi menjadi penyelamat nyawa seorang pemakai, apabila ia memberi amaran tentang bacaan jantung yang luar biasa rendah. Ini merupakan perkara serius kerana individu tersebut tidak mengalami sebarang simptom.

Perkara ini berlaku di Missouri AS dan dilalui oleh seorang pesara jururawat bernama Patti Sohn. Dia merupakan seorang wanita yang sangat aktif, bahkan dia bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu.



Namun, pada bulan Ogos yang lalu ketika dia berehat di sofa sambil menonton televisyen, Apple Watch miliknya mula mengeluarkan bunyi bip. Notifikasi diberikan memberitahu bahawa degupan jantung Sohn luar biasa rendah, iaitu kira-kira 40 denyutan seminit.

Kemudian, Sohn bergegas ke hospital dan melalui beberapa ujian sebelum degupan jantungnya kembali ke julat normal. Dia seterusnya pulang ke rumah dengan alat pemantauan.



Empat hari kemudian, Apple Watch yang dipakai Sohn berbunyi bip kembali kerana degupan jantungnya rendah semula. Sohn seterusnya ke hospital dan dipasangkan alat perentak jantung. Alat ini diimplan di dada bagi membantu mengawal degupan jantung dan menghalang jantung daripada berdegup terlalu perlahan.

Meskipun Sohn tahu bahawa Apple Watch bukanlah peranti perubatan, tetapi dia percaya bahawa jam pintar itu telah menyelamatkan nyawanya dengan memberi amaran tentang degupan jantung yang rendah. Jika tidak, sudah tentu dia tidak akan pergi ke hospital.

Kejadian ini menunjukkan bahawa fungsi ECG atau elektrokardiogram di dalam Apple Watch sangat berguna untuk memantau ritma denyutan jantung. Walaupun pemakai tidak mengalami apa-apa simptom, tetapi bacaan denyutan jantung yang dipaparkan boleh bantu individu bertindak dengan cepat jika bacaan adalah membimbangkan.

Sebelum ini perkara yang hampir serupa ada berlaku melibatkan seorang wanita di Michigan. Tanpa sebarang simptom, Apple Watch yang dipakainya memberitahu bahawa kadar denyutan jantungnya tinggi, walhal dia hanya berjalan 12 langkah sahaja. Dia kemudian menemui doktor dan doktor mengesahkan bahawa pesakit mengalami serangan jantung. 

Selain itu, ciri pengesanan jatuh di Apple Watch juga pernah menjadi bualan. Ada dua kisah berkaitannya pernah dikongsikan sebelum ini. Pertama melibatkan seorang lelaki yang pengsan di dalam tandas hospital. Apple Watch yang dipakainya mengesan dia mengalami jatuh yang teruk kemudian memberi amaran kepada ayahnya.

Kedua melibatkan penunggang motosikal jatuh dari motor setelah menjadi mangsa langgar lari. Apple Watch beri amaran kecemasan kepada teman wanita mangsa dan kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik.

Dari sini dapat dilihat bahawa jam pintar dengan fungsi ECG dan pengesanan jatuh amat diperlukan. Ianya adalah untuk memantau tahap kesihatan dan berguna untuk keselamatan individu.

[Sumber: 9TO5Mac, KMOV4]

Bacaan berkaitan

  • Apple Watch selamatkan nyawa wanita ini dengan beri amaran tentang denyutan jantung
  • Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini
  • Mangsa langgar lari pengsan setelah kemalangan, Apple Watch bantu panggil ambulan
  • Fungsi ECG Di Apple Watch boleh mula digunakan di Malaysia sekarang
Tags: apple watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bekas jururawat percaya Apple Watch penyelamat nyawa

Bekas jururawat percaya Apple Watch penyelamat nyawa

19 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER