• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 19/11/2021
  • Komen
ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia kini melancarkan barisan laptop siri Vivobook Pro dengan paparan OLED, pilihan skrin bersaiz 14-inci dan 15-inci. Asus turut mengumumkan ketibaan siri Vivobook 15 OLED, pilihan laptop yang lebih murah dari serendah RM2,799.

Barisan laptop Vivobook OLED yang tiba ini datang dalam pilihan kuasa yang pelbagai, seperti CPU Intel Core generasi ke-11 dan AMD Ryzen 5000, serta GPU AMD Radeon dan GeForce RTX3050.



Semua laptop ini menggunakan sistem operasi Windows 10 dan akan menerima naik taraf ke Windows 11 percuma kelak. Asus turut memberikan perisian Microsoft Office Home & Student percuma. Jaminan antarabangsa selama 2-tahun turut disertakan.

Asus Vivobook 15 OLED (K513EA/M513)

Tampil sebagai laptop Vivobook OLED termurah, Vivobook 15 OLED memiliki kuasa CPU AMD Ryzen 5000 sehingga Ryzen 7, atau Intel Core i3 generasi-11. Bagi model AMD, ia dipadankan bersama GPU AMD Radeon. Manakala model Intel menggunakan GPU Intel UHD.



RAM asas jenis DDR4 sebanyak 4GB dipasang siap dan ia memiliki slot untuk menambah RAM sehingga 16GB. Storan pula jenis SSD M.2 NVMe PCIe 3.0 sebesar 512GB dan ada slot tambahan untuk memuatkan storan cakera HDD.

Tarikan utama pastilah pada skrin OLED, berukuran 15-inci dengan bingkai nipis NanoEdge dan resolusi HD Penuh. Paparan ini menampilkan warna gamut DCI-P3 100% gred pawagam.

Sambungan berwayar menyediakan 1 port USB-A 3.2 Gen 1, 1 port USB-C 3.2 Gen 1, 2 port USB-A 2.0, 1 port HDMI 1.4, 1 jek audio 3.5mm, dan pembaca kad mikroSD. Sambungan wayarles pula menyokong Wi-Fi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.0.

Asus Vivobook 15 Pro OLED (M3500QC)

Model Pro ini memiliki kuasa grafik lebih hebat. Ia diperkasa CPU AMD Ryzen 5000, dipadankan bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 3050. RAM pula ditawarkan sehingga 16GB serta storan SSD 512GB. Semua ini dimuatkan di dalam badan laptop yang berat cuma 1.65kg.

Skrin OLED yang serupa terdapat di laptop ini, berukuran 15-inci HD Penuh dan bingkai nipis NanoEdge. Kamera web 720p disemat di bingkai atas skrin, bersama penutup keselamatan fizikal jika anda risau ada yang cuba menceroboh kamera tersebut.

Sambungan berwayar menyediakan 1 port USB-A 3.2 Gen 1, 1 port USB-C 3.2 Gen 1, 2 port USB-A 2.0, 1 port HDMI 1.4, 1 jek audio 3.5mm, dan pembaca kad mikroSD. Sambungan wayarles pula menyokong Wi-Fi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.0.

Asus Vivobook Pro 14x OLED (N7400)

Model terbaik dalam pengumuman ini adalah Vivobook Pro 14x OLED, memiliki skrin OLED 14-inci yang lebih hebat. Selain warna gamut DCI-P3 100%, ia memiliki resolusi tinggi 2.8K (2880×1800), kadar penyegaran 90Hz, serta tahap kecerahan setinggi 600 nits.

Ia juga adalah laptop Asus pertama menerima persijilan VESA DisplayHDR True Black 600, ketepatan warna gred profesional PANTONE dan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah. Kamera web 720p terdapat di bingkai atas skrin, bersama penutup keselamatan fizikal.

Kuasa pemproses pula menggunakan CPU Intel Core i5 generasi 11, bersama GPU berkuasa tinggi NVIDIA GeForce RTX 3050. Kehebatannya ditambah lagi dengan RAM DDR4 sebanyak 16GB serta storan SSD 512GB.

Asus melengkapi Vivobook 14x Pro OLED dengan papan kekunci bertekstur, bersaiz penuh dan berlampu. Butang kuasa di sudut atas memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya. Papan sentuh trackpad juga lebih luas daripada biasa, menyokong DialPad yang boleh digunakan pada perisian Adobe terpilih.

Sambungan berwayar lebih baik terdapat di laptop ini iaitu port Thunderbolt-4 yang menyokong penghantaran data pantas, paparan luar 4K serta mengecas laptop. Selain itu, ia ada port USB-A 3.2 Gen 1, USB-C 3.2 Gen 1, USB-A 2.0, HDMI 1.4, jek audio 3.5mm, dan pembaca kad mikroSD. Sambungan wayarles pula menyokong Wi-Fi 6 802.11ax dan Bluetooth 5.0.

Harga Jualan

Semua laptop yang diperkenal ini telah mula dijual di Malaysia. Tiada promosi awal atau harga pengenalan diumumkan. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

Vivobook 15 OLED

  • Core i3 1115G4, Iris Xe, RAM 4GB, SSD 512GB – RM2,799
  • Ryzen R5-5500U, AMD Radeon, RAM 8GB, SSD 512GB – RM3,199
  • Ryzen R7-5700U, AMD Radeon, RAM 8GB, SSD 512GB – RM3,499

Vivobook Pro 15 OLED

  • Ryzen R5-5600H, RTX 3050, RAM 8GB, SSD 512GB – RM4,299
  • Ryzen R5-5800H, RTX 3050, RAM 16GB, SSD 512GB – RM4,799
  • Ryzen R5-5900H, RTX 3050, RAM 16GB, SSD 512GB – RM5,199

Vivobook Pro 14x OLED

  • Core i5 11300H, RTX 3050, RAM 16GB, SSD 512GB – RM4,799

Bacaan Berkaitan

  • Asus ROG Phone 5s dikemaskini lebih berkuasa tapi harga kekal sama
  • ROG Phone 5 Ultimate dengan RAM 18GB dibuka tempahan awal dan ada hadiah bernilai RM1,099
  • Smartphone for Snapdragon Insider, telefon ideal menurut visi Qualcomm
Tags: asusAsus Vivobook 14x Pro OLEDAsus Vivobook 15 OLEDAsus Vivobook 15 Pro OLED
Najib

Najib

POPULAR

ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia

ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia

19 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER