• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Samsung Galaxy A32 5G murah RM100 untuk waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 19/11/2021
  • Komen
PROMO: Samsung Galaxy A32 5G murah RM100 untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia dijangka akan melancarkan rangkaian 5G sebelum berakhirnya tahun 2021. Jika anda berminat mendapatkan peranti 5G, anda boleh dapatkan Galaxy A32 5G kerana ada promosi sekarang. Samsung kini menjual Galaxy A32 5G dengan diskaun RM100 untuk waktu terhad.

Harga biasa untuk Galaxy A32 5G adalah RM1,199 tetapi dalam promosi yang berjalan sekarang, harganya cuma RM1,099. Promosi ini berjalan lebih sebulan, daripada 15 November sehingga 19 Disember 2021.



Lebih baik lagi, anda boleh menebus peranti lama anda sehingga lima peranti sekaligus, untuk membeli telefon ini dengan lebih murah. Anda juga boleh mendapatkan perlindungan tambahan Samsung Care+ dengan diskaun 20%, sehingga 31 Disember 2021. Selepas diskaun, harga Samsung Care+ 1 tahun hanya RM88 dan 2 tahun hanya RM168.

Telefon pintar Galaxy A32 5G boleh dimiliki dalam empat warna bergaya iaitu ungu, biru, putih dan hitam.



Jika anda mahukan telefon 5G Samsung yang lebih murah, boleh dapatkan Galaxy A22 5G berharga RM999. Ada kemungkinan Samsung mengekalkan harga diskaun Galaxy A32 5G, memandangkan mereka sering berbuat demikian. Seperti bulan Ogos lepas, beberapa telefon Samsung kekal harga diskaun antaranya Galaxy S20 FE dan Galaxy A32 LTE.

Spesifikasi

Galaxy A32 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 720 5G, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan, sehingga 1TB.

Skrinnya jenis LCD, seluas 6.4-inci dengan resolusi HD 720p. Takuk kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP. Pengimbas capjari pula di tepi, digabungkan dengan butang kuasa.

Di belakang, terdapat tiga kamera gandingan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 5MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4.

Bateri di dalam berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Sistem bunyi hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm di bawah.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel
  • Samsung umum harga rasmi Galaxy A72, A52, A32 5G dan A32 di Malaysia
  • Samsung Malaysia turunkan harga Galaxy S20 FE, Galaxy Note 20 dan Galaxy A32

Tags: samsungSamsung Galaxy A32samsung galaxy a32 5g
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
PROMO: Samsung Galaxy A32 5G murah RM100 untuk waktu terhad

PROMO: Samsung Galaxy A32 5G murah RM100 untuk waktu terhad

19 November 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER