• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita

  • OLEH Najib
  • 5:35 pm
  • 22/11/2021
  • Komen
Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan jam pintar, Huawei turut melancarkan fon telinga TWS unik, FreeBuds Lipstick. Ia menampilkan rekaan yang feminin iaitu bekas lipstick, sesuai untuk sentiasa disimpan di dalam beg tangan perempuan.

Huawei turut menyediakan tawaran menarik untuk pembeli terawal, tetapi promosi ini untuk dibeli bersama jam pintar Huawei Watch GT 3. Dari 20 November sehingga 3 Disember 2021, tempahan awal FreeBuds Lipstick dalam tempoh ini akan menerima rebat bernilai RM300. Ia tambahan RM100 kerana tempahan awal Watch GT 3 42mm sahaja, menerima rebat RM200.



Harga jualan dan promosi tempahan awal FreeBuds Lipstick adalah seperti berikut:

  • FreeBuds Lipstick – RM999
  • FreeBuds Lipstick + Watch GT 3 42mm Black Strap – RM1,998 [Rebat RM300]
  • FreeBuds Lipstick + Watch GT 3 42mm White Leather Strap – RM2,098 [Rebat RM300]

Fon telinga Huawei FreeBuds Lipstick boleh ditempah sekarang di Stor Online Huawei, Stor Huawei Experience di seluruh negara, serta di Stor Huawei Shopee dan Stor Huawei Lazada.



Pada harga RM999, FreeBuds Lipstick adalah lebih mahal daripada Apple AirPods 3. Tetapi kelebihannya berbanding AirPods 3 adalah sokongan ANC.

Spesifikasi

Menggabungkan teknologi dan fesyen, maka lahirlah fon telinga TWS FreeBuds Lipstick. Ia mempamerkan gaya mewah wanita, di dalam bekas gincu berwarna hitam dan emas. Fon telinga berwarna merah di dalamnya, melengkapkan rupa gincu di dalam bekas.

FreeBuds Lipstick adalah fon telinga yang dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC). Ia memiliki teknologi Adaptive Ear Matching (AEM), memberikan sistem bunyi yang mengasyikkan dan berkualiti tinggi.

Fon telinga ini juga boleh dipadankan bersama Huawei Watch GT 3 untuk penggunaan tanpa peranti, bagi mengawal lagu terus dari muka jam pintar. Pengecasan dilakukan secara berwayar, menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan wayarles.

Hayat baterinya dengan ANC aktif, boleh memainkan lagu sehingga 2.5 jam di buds dan 14 jam bersama bekas pengecas. Manakala tanpa ANC, ia mampu bermain lagu sehingga 4 jam di buds dan 22 jam bersama bekas pengecas.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Watch GT Runner dilancar bersama Watch GT 3 di Malaysia
  • Huawei Harmony OS 2 dilancar di peringkat antarabangsa, pengganti EMUI dan Android
  • AirPods 3 mula boleh didapatkan di Malaysia
Tags: HuaweiHuawei FreeBuds Lipstick
Najib

Najib

POPULAR

Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita

Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita

22 November 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN