• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai baru DJI di Pavilion tawar pelbagai promo menarik pada hari pembukaannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:14 pm
  • 25/11/2021
  • Komen
Kedai baru DJI di Pavilion tawar pelbagai promo menarik pada hari pembukaannya
Share on FacebookShare on Twitter

DJI Malaysia telah umumkan akan membuka gedung DJI Premium Experience pertama di Malaysia. Lawatan awal kami ke kedai tersebut menyaksikan segala macam produk terkini DJI dipamerkan serta dijual.

Kalau anda berminat untuk melawatinya, anda boleh pergi ke Pavilion Kuala Lumpur dan kedai itu berada di tingkat 5 dengan nombor lot 5.24.01. Pelancaran besar-besaran akan berlangsung pada pukul 10 pagi, 28 November 2021.



Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa produk yang ditawarkan pada harga promosi dalam waktu terhad. 50 pelanggan pertama yang berkunjung ke kedai itu boleh membeli produk-produk berikut pada harga promosi.

Produk-produk yang terlibat adalah:



  • DJI Tello – RM499 RM399
  • DJI OM4 – RM459 RM379
  • DJI Mini SE – RM1,349 RM1,199
  • DJI FPV Combo – RM5,299 RM4,299

Selain promo itu, mereka juga mengadakan cabutan bertuah bila anda berkunjung ke sana. Melalui acara Snap & Win, anda hanya perlu tangkap gambar anda berada di sana dan utuskannya di Facebook beserta tanda pagar tertentu untuk menyertainya.

Beza gedung DJI Premium Experience dengan yang lain di luar sana adalah outlet ini dikendalikan sendiri oleh DJI manakala kedia-kedai yang sedia ada oleh pengedar sah. Di outlet ini, pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai yang dilatih khas tentang selok belok produk DJI.

Bukan setakat DJI Premium Experience Store, DJI katanya turut akan membuka pusat servis pertamanya di Malaysia seawal Disember 2021 di One Utama. Jadi, segala tuntuntan jaminan selepas ini boleh diproses terus di dalam Malaysia berbanding perlu dihantar keluar negara sebelum ini.

Tags: djiDJI Malaysiadji premium experience store
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kedai baru DJI di Pavilion tawar pelbagai promo menarik pada hari pembukaannya

Kedai baru DJI di Pavilion tawar pelbagai promo menarik pada hari pembukaannya

25 November 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN