• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:00 pm
  • 29/11/2021
  • Komen
COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

WHO telah mengeluarkan satu amaran tentang varian virus COVID-19 yang lebih berbahaya daripada varian Delta. Berdasarkan siaran media yang bertarikh 26 November 2021, Omicron adalah varian COVID-19 yang diberikan kod B.1.1.529 ataupun nama biasanya Omicron.

Ia pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada 24 November 2021. Di sana, penyelidik mendapati terdapat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 walaupun dengan proses pemvaksinan dalam kalangan penduduk sedang giat dilakukan.



Tahap bahaya varian Omicron

WHO meletakkan varian Omicron dalam kategori Variant of Concern (VOC), sebaris dengan varian Delta yang dimasukkan dalam kategori itu dalam bulan Julai 2021. Menurut WHO, VOC adalah kategori varian yang ahli-ahlinya menunjukkan:

  1. Perbezaan ketara daripada segi cara jangkitan, penyebaran, dan simptom berbanding varian-varian yang sedia ada.
  2. Kemerosotan pada tahap keberkesanan aktiviti pengawalan wabak sedia ada seperti peningkatan jangkitan walaupun ramai yang telah divaksin.

Tahap kesiapsiagaan kita mendepani Omicron

Satu kemas kini bertarikh 28 November 2021 oleh WHO tentang Omicron ada merumuskan sejauh manakah kita mengenali varian Omicron. Secara ringkasnya, sangat kurang.



Pihak WHO tidak dapat mengesahkan sama ada Omicron lebih mudah menjangkiti orang berbanding Delta. Peningkatan kes positif COVID-19 di Afrika Selatan mungkin berpunca daripada Omicron ataupun berpunca daripada kekerapan ujian calit dilakukan.

Kadar kemasukan ke hospital juga didapati meningkat di Afrika Selatan. Namun, tiada maklumat yang cukup bagi menyimpulkan sama ada symptom yang dihadapi adalah lebih teruk ataupun tidak.

Penyelidikan awal menunjukkan terdapat kemungkinan jangkitan semula kepada orang yang pernah dijangkiti varian COVID-19 sebelum ini. Data yang lebih banyak sedang giat dikumpul sebelum kesimpulan konkrit boleh dilakukan.

Tiga perkara yang sedang diselidik adalah:

  1. Keberkesanan vaksin sedia ada
  2. Keberkesanan ujian sedia ada
  3. Keberkesanan rawatan sedia ada

Ini saranan WHO untuk melawan Omicron

Langkah paling berkesan untuk melawan Omicron adalah sama seperti yang sudahpun anda amalkan sekarang. Antara yang disenaraikan adalah:

  1. Penjarakan 1 meter antara individu
  2. Pemakaian pelitup muka
  3. Tambah baik pengudaraan ruang tempat tinggal
  4. Sentiasa basuh tangan
  5. Dapatkan vaksin secepat mungkin

Sumber: WHO, 2

Tags: COVID-19omicronvarian omicron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu

COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu

29 November 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER