• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note akan ditamatkan penghasilan, S Pen ada harapan diteruskan

  • OLEH Najib
  • 3:11 pm
  • 29/11/2021
  • Komen
Cara anda lipat gandakan produktiviti anda dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Galaxy Note akan menjadi sejarah selepas ini apabila Samsung dilaporkan akan memberhentikan pengeluarannya menjelang akhir tahun 2021. Ia ditambah lagi apabila Samsung khabarnya tidak akan memperkenalkan model baru Galaxy Note selepas ini.

Tahun ini, Samsung tidak melancarkan model baru Galaxy Note sebaliknya memberi fokus kepada penghasilan telefon pintar boleh lipat seperti Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3. Malah, Samsung menyediakan pilihan kepada model Galaxy S21 Ultra dan Galaxy Z Fold 3, untuk menambah aksesori S Pen yang dijual berasingan.



S Pen di Galaxy Z Fold 3

Langkah Samsung membawakan S Pen kepada Galaxy S21 Ultra dan Galaxy Z Fold 3 dikatakan menjadi titik penamat buat siri Galaxy Note dan beralihnya S Pen kepada model Galaxy yang lain. Pendek kata, walaupun Galaxy Note sudah tiada, S Pen masih tidak ditamatkan tetapi menjadi aksesori kepada lebih banyak model lain.

Dalam pada itu, peranti flagship Samsung yang akan datang, Galaxy S22 Ultra dikatakan akan menjadi pengganti kepada Galaxy Note 20. Ia timbul apabila terdapat berita yang mendedahkan rupa peranti tersebut, yang menyediakan lubang khas untuk menyimpan S Pen di dalam badan telefon.



Sumber

Malah, ada juga yang melaporkan bahawa Samsung sedang dalam usaha membangunkan tablet dengan skrin boleh lipat menerusi permohonan paten Samsung. Ia kelihatan seperti Galaxy Z Fold 3 tetapi tanpa skrin kedua atau skrin luar. Sebaliknya, ia menggunakan satu skrin yang boleh dilipat ke belakang. Malah, terdapat ruang menyimpan S Pen secara magnetik di ruangan lipat ini. Kos penghasilan pasti lebih rendah dengan menggunakan hanya satu skrin, berbanding dua skrin di Galaxy Z Fold 3 sekarang.

Sumber

Perkara ini juga dilihat selari dengan pengumuman Samsung Display di laman web baru mereka. Ia memperlihatkan barisan skrin boleh lipat baru Samsung, salah daripadanya adalah Flex Square iaitu tablet boleh lipat. Selain itu, ia turut berkongsi konsep skrin gulung dan skrin luncur.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: samsungsamsung galaxy note 20Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Cara anda lipat gandakan produktiviti anda dengan Samsung Galaxy Note20 Ultra

Galaxy Note akan ditamatkan penghasilan, S Pen ada harapan diteruskan

29 November 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN