• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

SoyaCincau BM mencari Penulis Berita Senior

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 29/11/2021
  • Komen
SoyaCincau BM mencari Penulis Berita Senior
Share on FacebookShare on Twitter

SoyaCincau BM kini mencari penulis senior untuk membuat liputan berita berkaitan teknologi dan impaknya terhadap kehidupan moden masakini. Calon perlu membuat laporan yang teliti, tepat, dan berfakta mengenai berita dan analisa yang berkenaan. Antara tanggungjawab yang perlu dipikul adalah memacu minat pembaca dan meneroka kandungan di luar yang berkaitan dengan teknologi secara am.

Calon juga harus memiliki sifat ingin tahu, ambil tahu dan beri tahu, sebagaimana falsafah yang diguna pakai di SoyaCincau. Selain itu, calon yang sentiasa ingin berinovasi dan memacu prestasi tinggi sangat dialu-alukan.



Tugasan di SoyaCincau tidak terhad kepada membuat perbandingan produk seperti telefon pintar atau komputer sahaja, tetapi perlu menjurus kepada pemeriksaan fakta yang tepat dan sahih, etika kewartawanan yang tinggi serta laporan bertanggungjawab.

Pasukan SoyaCincau terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, inklusif, telus dan bersemangat. Kerana itu juga kami mencari individu dengan personaliti yang hebat dan mahir berhubung dan boleh bekerja dengan pelbagai orang. Individu yang mahir dalam organisasi, sangat teliti dalam tugasan dan tepat pada masanya, sangat dialu-alukan untuk memohon.



Pada masa yang sama, calon perlu bekerjasama dengan rakan sekerja serta editor untuk mengenalpasti idea asli kandungan untuk memastikan pembaca sentiasa dimaklumkan dengan kandungan berkaitan.

Penulis Berita Teknologi Senior (1 jawatan)

Tanggungjawab

  • Membina bidang kepakaran tersendiri dalam mencipta kandungan teknologi meliputi berita, laporan dan analisa yang lebih luas. Penulisan berita harian adalah kemestian.
  • Bekerja bersama pasukan kami untuk mencari kandungan melibatkan teknologi dan gaya hidup
  • Mencipta bidang kepakaran diri dan menjadi penerajunya mengikut gaya tersendiri
  • Sentiasa aktif menyediakan berita dan analisa, serta membantu menyemak berita
  • Memegang standard kualiti, kreativiti dan integriti yang tinggi dalam laporan dan kandungan yang dicipta

Kelayakan

  • Memiliki pengetahuan luas berkaitan bidang teknologi (teknologi pengguna, industri, automotif, kewangan, aplikasi dan lain-lain)
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam kewartawanan, terutama dalam produk berkaitan teknologi pengguna
  • Berkemahiran tinggi dalam menulis, termasuk berupaya untuk membina sudut cerita yang menarik dan menghasilkan penulisan berkualiti
  • Berpengetahuan tinggi tentang penggunaan SEO dan strateginya dialu-alukan

Faedah-faedah

  • Gaji yang kompetitif
  • Elaun perjalanan bulanan
  • Elaun berhias diri
  • Parkir kenderaan disediakan
  • Cuti melebihi purata industri
  • Perlindungan perubatan
  • Waktu bekerja felksibel

Jika anda berminat untuk menyertai kami, hantarkan resume anda kepada us [@] mindblow.my. Calon akan bertugas di Kuala Lumpur, Malaysia.

Tentang SoyaCincau.com

SoyaCincau.com ditubuhkan pada tahun 2008 dan kini terdapat di dalam 3 bahasa – Inggeris, Melayu dan Cina. Kami di dalam misi untuk mendidik masyarakat berpengetahuan supaya sentiasa ingin tahu, ambil tahu dan beri tahu, serta membangunkan pasukan pencipta kandungan yang bertanggungjawab.

Selain membuat laporan berita berkaitan telefon pintar dan pelan telekomunikasi, kami juga membuat laporan di bidang sains dan teknologi lain, termasuk polisi dan undang-undang yang memberi impak penting kepada masyarakat. Selain di laman web, kami turut mencipta siri video di YouTube seperti Petua Gajet, Lima terbaik, Sorotan Berita Mingguan, Covid-19 di Malaysia dan Kenapa Jangan Beli.

Tags: Kerja KosongSoyaCincau
Najib

Najib

POPULAR

SoyaCincau BM mencari Penulis Berita Senior

SoyaCincau BM mencari Penulis Berita Senior

29 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER