• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

UTM bangunkan alat kesan COVID-19 daripada pernafasan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 30/11/2021
  • Komen
UTM bangunkan alat kesan COVID-19 daripada pernafasan
Share on FacebookShare on Twitter

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan kita perlukan satu kaedah yang pantas untuk pengesanan awal jangkitan. Sebanyak RM1.05 juta daripada Geran Penyelidikan Strategik (SRF) telah diperuntukan dalam pembangunan alat mengesan COVID-19 melalui pernafasan.

Projek yang diberinama i-Breath itu sedang dibangunkan oleh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan katanya akan dikomersialkan sebelum 2022 berakhir. Sekiranya i-Breath berjaya, ia bakal jadi satu lagi alternatif yang kita ada untuk mengesan jangkitan COVID-19. Setakat ini, dua cara yang kita gunakan adalah RT-PCR dan RTK-Ag.



RT-PCR adalah cara yang paling tinggi tahap kepekaannya tapi adalah yang paling lambat. RTK-Ag adalah cara yang paling mudah dan patnas setakat ini kerana kit ujian boleh dibeli di kedai-kedai runcit cumanya peratusan kepekaannya tidak setinggi RT-PCR. i-Breathe nampaknya akan berada antara RT-PCR dan RTK-Ag kerana ia boleh mengesan jangkitan dengan pantas tapi ia bukanlah ujian yang boleh dijalankan secara kendiri.

Selain di Malaysia, ramai lagi penyelidik di luar sana bertungkus lumus membangunkan cara mengesan COVID-19 dalam badan berasaskan udara hembusan. Secara asasnya, tiga jenis kaedah digunakan adalah seperti sensor optikal, melihat tindakbalas warna bahan tertentu ke atas virus. Kemudian ada juga yang menggunakan kaedah elektrokimia, mengesan sebatian organik yang dirembeskan badan untuk melawan virus ataupun sebatian organik yang dirembeskan virus itu sendiri. Kaedah terakhir yang sedang diselidik adalah mengenal pasti pola elektromagnet virus.



Sumber: TheStar

Bacaan berkaitan

COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu – SoyaCincau.com

99 Speedmart jual kit ujian kendiri COVID-19 di bawah RM5 – SoyaCincau.com

Anda mungkin perlukan dos penggalak untuk dikategorikan sebagai lengkap vaksin – SoyaCincau.com

Tags: COVID-19i-breathekkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
UTM bangunkan alat kesan COVID-19 daripada pernafasan

UTM bangunkan alat kesan COVID-19 daripada pernafasan

30 November 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN