• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:14 pm
  • 01/12/2021
  • Komen
Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah umumkan cip flagship yang akan memacu telefon 2022 iaitu Snapdragon 8 Gen 1. Pertama sekali, mereka telah mengemas kini tatacara penamaan platform telefon keluaran mereka untuk lebih difahami.

Snapdaragon 8 adalah produk dalam kelas flagship dan perbezaan antara mereka akan diperhalusi menerusi nombor generasi.



Berikut adalah apa yang menarik tentang Snapdraogn 8 Gen 1.

Kelajuan CPU melewati 3Ghz

Bermula di unit pusat pemproses, Snapdragon 8 Gen 1 mengandungi 8 teras pemproses yang dibahagikan dalam tiga kluster heterologous, sama seperti sebelum-sebelum ini tapi ahli-ahlinya lebih berkuasa.



Untuk kluster paling berkuasa, ia dianggotai teras Cortex-X2 dengan kelajuan 3.0Ghz. Kemudian anda ada 2 kluster jimat tenaga yang masing-masing ada teras Cortex-A710 dan Cortex-A510 pada kelajuan sekurang-kurangnya 1.80Ghz.

Antara perspektif yang dikongsikan Qualcomm adalah cip kali ini 20% lebih berkuasa dan 30% lebih cekap tenaga. Ia mungkin hasil penggunaan proses pengeluaran 4nm berbanding 5nm pada Snapdragon 888 yang dulu.

Naik taraf GPU, NPU, dan RAM

Qualcomm tidak berkongsikan apakah spesifikasi GPU yang memperkasakan Snadpragn 8 Gen 1. Mereka cuma kongsi yang ia adalah generasi baharu. Sebagai perbandingan, Snapdragon 888 ada Adreno 660 pada kelajuan 840Mhz.

Begitu juga dengan pemproses isyarat digital dan ataupun pemproses rangkaian neural. Tiada maklumat lanjut dikongsikan, tapi ia haruslah sekurang-kurangnya lebih baik berbanding Hexagon 780 dengan kadar pemproses 26 teraflops.

Telefon yang gunakan Snapdragon 8 Gen 1 kelak tidak akan menyokong modul RAM LPDDR5X yang baharu kerana pusat kawalan RAM pada cip ini masih LPDDR5 dengan kelajuan maksimum yang mampu ditampung adalah 3.2Ghz.

Jabatan pengimejan kini sokong isyarat 18-bit

Ramai yang katakana Snapdragon 8 Gen 1 bawakan keupayaan kamera yang nyata ditambah baik. Sebagai permulaan, ia kini menyokong isyarat 18-bit berbanding 14-bit sebelum ini.

Dalam spektrum warna, kalau 18-bit sebanyak 18 kuadrilion jenis warna boleh dihasilkan berbanding 4.4 trillion warna dalam isyarat 14-bit.

Antara potensi yang dibuka untuk pengeluar telefon adalah rakaman video pada resolusi 8K dengan fungsi HDR terpasang disamping kemampuan menggunakan kamera dengan resolusi lebih tinggi.

Modem 5G berkelajuan sehinggga 10Gbps

Qualcomm melengkapkan cip flagship 2022 mereka dengan modem X65. Ia menyokong kedua-dua rangkaian 5G sama ada NR Sub-6 ataupun mmWave pada kelajuan muat turun mencecah 10Gbps dan muat naik 3Gbps.

Bila peranti Snapdragon 8 Gen 1 akan tiba?

Tiada tarikh konkrit dikongsikan oleh mana-mana pengeluar. Namun, Realme telahpun mengutuskan teaser tentang satu telefon yang bakal menggayakan cip itu iaitu Realme GT 2 Pro.

Bacaan berkaitan

Realme GT 2 Pro datang dengan rekaan menarik beserta cip Snapdragon 8 Gen1 – SoyaCincau.com

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 8 gen1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya

1 December 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER