• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9

  • OLEH Najib
  • 11:53 am
  • 07/12/2021
  • Komen
Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 8/12/2021 – Tawaran pengurangan saman JPJ & PDRM diluaskan kepada bayaran secara dalam talian serta di cawangan JPJ & PDRM terpilih.


Jika anda memiliki saman JPJ atau PDRM yang masih tertunggak, anda boleh membayar saman tersebut dengan diskaun sehingga 80% sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Sambutan ini diadakan sempena 100 hari usia kerajaan baru yang diterajui Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri.



Orang ramai boleh mengunjungi sambutan ini yang akan diadakan dari 9 hingga 12 Disember 2021, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bersebelahan Suria KLCC. Di situ, akan dibuka kaunter khas pengurangan bayaran saman PDRM dan JPJ, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut instagram @pdrmsia_official, diskaun 80% diberikan kepada saman di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Manakala saman selain ini, akan menerima diskaun 70%.



Semua jenis saman layak mendapat diskaun kecuali kesalahan berikut:

  • Saman Kemalangan Tahun 2021
  • Saman Berstatus Tidak Boleh Dikompaun
  • Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  • Saman Berkait Kenderaan M/Lori
  • Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/Potong ‘Q’ Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Melanggan Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

Walaupun kerajaan telah melonggarkan banyak sekatan dan membenarkan banyak acara berkumpulan, wabak COVID-19 masih belum menurun di dalam negara. Jika anda berhasrat untuk mengunjungi acara sambutan 100 hari ini, pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka, mensanitasi tangan dan menjaga jarak fizikal satu sama lain.

[Sumber: MOT]

Tags: Ismail SabriJPJpdrm
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9

Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9

7 December 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN