• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Keluarga Malaysia boleh dibayar dalam talian

  • OLEH Najib
  • 3:33 pm
  • 08/12/2021
  • Komen
Diskaun saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Keluarga Malaysia boleh dibayar dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ada berkongsi bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi diskaun sehingga 80% untuk saman, sempena acara 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Ia juga bagi meraikan 100 hari lantikan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri.

Hari ini, JPJ dan PDRM menjelaskan bahawa tawaran diskaun ini turut boleh dinikmati di luar acara tersebut. Ia tidak terhad kepada membayar secara fizikal di reruai yang akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sahaja.



Menurut JPJ, tawaran pengurangan sebanyak 80% ini akan diberikan di semua Pejabat Negeri, Cawangan dan UTC JPJ di seluruh negara, di kiosk JPJ serta secara atas talian melaui portal mySIKAP JPJ, selama 4 hari dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Tawaran ini diberikan kepada semua notis saman JPJ yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, kecuali kepada kes-kes yang telah didaftarkan di Mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).



PDRM pula, menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80% dengan had minima sebanyak RM30 dalam tempoh yang sama, 9 hingga 12 Disember 2021. Pembayaran kompaun dengan tawaran pengurangan ini boleh dibuat di Kaunter PDRM KLCC, Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen, serta dalam talian menerusi Portal MyBayar Saman dan aplikasi MyBayar Saman.

Tawaran pengurangan kompaun ini bagaimanapun tidak diberikan kepada kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar serta untuk kesalahan yang dikategorikan tidak boleh dikompaun (NC), kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Ini adalah langkah yang lebih baik untuk orang ramai, apabila tidak perlu datang beramai-ramai dan bersesak-sesak di dalam kawasan sempit, semata-mata mahu mendapatkan diskaun membayar saman. Ia juga sekaligus boleh mengurangkan lagi penularan wabak COVID-19 yang masih mengganas di Malaysia.

Tetapi jika anda mahu ke KLCC atas sebab-sebab lain, pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka, mensanitasi tangan dan menjaga jarak fizikal satu sama lain.

[Sumber: JPJ, PDRM]

Bacaan Berkaitan

  • Diskaun hingga 80% untuk saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Perdana Menteri ke-9
  • Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap
  • PDRM lancar portal MyBayar Saman, tawar diskaun 50% untuk saman terpilih
Tags: Ismail SabriJPJpdrm
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Diskaun saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Keluarga Malaysia boleh dibayar dalam talian

Diskaun saman JPJ & PDRM sempena 100 hari Keluarga Malaysia boleh dibayar dalam talian

8 Disember 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER