• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap

  • OLEH Najib
  • 4:52 pm
  • 25/10/2021
  • Komen
Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera pintar iCOPS (Intelligent Compound Online Payment System) telah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lepas bagi mengesan pesalah trafik menerusi imbasan nombor pendaftaran kenderaan. Ia kini digunakan oleh Polis Johor di mana mereka dibekalkan dengan empat kamera iCOPS.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sebanyak empat peranti iCOPS atau kamera pintar itu dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sejak awal tahun ini.



“Polis Johor dibekalkan empat kamera pintar iCOPS yang kini digunakan di tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru Selatan (JBS) dan Iskandar Puteri selain unit peronda trafik di lebuh raya negeri ini. Penggunaan alat ini dapat mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap, nombor pendaftaran palsu dan rekod jenayah curi. Data kenderaan akan diperoleh melalui saringan nombor pendaftaran menerusi iCOPS yang kemudian dihubungkan dengan pangkalan data iCOPS JSPT,” jelas Ayob Khan.

Kamera iCOPS dilengkapi gelung maya dan infra merah yang membantu melihat nombor pendaftaran kenderaan dengan lebih jelas. Alat ini telah berjaya mengesan kes-kes pendaftaran palsu, kenderaan klon dan cukai jalan palsu, ujar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semasa melancarkan Ops Selamat pada tahun 2017.



[Sumber: Berita Harian]
[Gambar: Harian Metro]

Bacaan Berkaitan

Denda dan penjara menanti pengguna e-skuter di tempat yang tak sepatutnya
Polis akan siasat dakwaan kebocoran data dari JPN, LHDN tolak jadi punca
PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?
Tags: pdrm
Najib

Najib

POPULAR

Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap

Kamera iCOPS pantas kesan pesalah jalanraya dengan saman tertunggak dan waran tangkap

25 October 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN