• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selangkah, aplikasi penjejak kenalan dan pemvaksinan kini ada dompet elektronik

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 09/12/2021
  • Komen
Selangkah, aplikasi penjejak kenalan dan pemvaksinan kini ada dompet elektronik
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi penjejak COVID-19 dan kesihatan yang digunakan kerajaan Selangor, Selangkah kini dilengkapi ciri baharu dompet elektronik. Selangkah bekerjasama dengan platform KiplePay oleh Green Packet untuk mengaktifkan fungsi baharu Selangkah Wallet.

Pelancaran Selangkah Wallet diadakan bersama acara RIUH Christmas Tropicola 2021 minggu lepas. Di acara tersebut, baucar diskaun RM5 diberikan kepada 10,000 pengguna terawal Selangkah Wallet.



Menurut Selangkah, mereka telah berkembang daripada aplikasi pengesanan kontak untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dalam memberi respon yang lebih baik terhadap cabaran pelbagai dimensi ekoran pandemik. Lebih 170,000 penduduk telah menerima manfaat daripada subsidi Ujian Saringan Komuniti, manakala 362,000 lagi telah dikuarantin dengan selamat hasil daripada ciri Pemantauan Kuarantin Rumah. Selangkah juga menyediakan khidmat temujanji untuk pemvaksinan COViD-19 di bawah Selvax.

Selangkah Wallet

Selangkah Wallet dikuasakan oleh Kiple, anak syarikat Green Packet Bhd yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran QR, tambah nilai kredit, pemindahan kredit, tambah nilai mudah alih dan pembayaran bil. Ciri ini merupakan e-dompet yang selamat dan direka untuk menyediakan platform pembayaran yang lancar dan mudah buat pengguna bagi kegunaan dalam keperluan harian mereka, sama ada bagi pembelian barangan harian mahupun penjagaan kesihatan.



Selangkah Wallet juga adalah gerbang pembayaran rasmi untuk Farmasi Selcare dan Klinik Selcare, yang telah memudahkan proses pembayaran bagi pembelian produk serta perkhidmatan kesihatan, menjadikannya dompet berorientasikan kesihatan yang pertama. Pembelian dan keperluan harian yang dijual oleh peniaga terpilih boleh dibayar melalui Selangkah Wallet dengan hanya beberapa klik sahaja, oleh itu kontak dalam pembayaran tunai dapat dielakkan sekaligus mengurangkan penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangkah, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, “Selangkah adalah komited untuk memberikan pengalaman yang selamat dan dipercayai kepada pengguna, justeru itu pelancaran Selangkah Wallet membolehkan kami memainkan peranan baharu dalam ekosistem tanpa sentuh di samping mencipta platform yang lebih selamat serta efektif untuk masyarakat secara amnya. Kami akan terus menambah baik platform digital bersepadu kami yang direka untuk masyarakat. Jadi, sila nantikan dan jangkakan lebih banyak lagi ciri serta perkhidmatan yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.”

Cara mengaktifkan Selangkah Wallet

Sebelum bermula, aplikasi Selangkah boleh dimuat turun di  Apple Appstore, Google Playstore atau Huawei Appgallery. Kemudian di muka utama, tekan pada Selangkah Wallet untuk mengaktifkannya dan pengguna perlu melalui proses electronic Know Your Customer (e-KYC) untuk mengesahkan kad pengenalan atau pasport. Ia juga memerlukan pengguna mengambil swafoto video selama 3 saat.

Selepas diaktfikan, pengguna boleh menambah nilai Selangkah Wallet. Secara lalai, saiz dompet Selangkah Wallet adalah RM10,000 dan ia boleh ditambah nilai paling kurang RM20 menerusi perbankan dalam talian atau kad debit/kredit.

Buat masa ini, Selangkah Wallet boleh digunakan di kedai yang turut serta seperti 99 Speemart dan Farmasi Selcare. Di dalam aplikasi juga ada menyenaraikan bahawa ia disokong untuk digunakan di KK Mart, Hari Hari, Mydin dan Burger King.

Malangnya, Selangkah Wallet masih belum menyokong DuitNow QR, sistem kod QR kebangsaan. Bermakna, pengguna Selangkah Wallet hanya boleh digunakan di kedai yang memaparkan kod QR Selangkah Wallet sahaja. Fungsi lain yang terdapat padanya adalah tambah nilai kredit prabayar dan membayar bil utiliti seperti air, Astro, Majlis Dewan dan Perbandaran serta internet jalur lebar.

Cara pembayaran adalah biasa, dengan mengimbas kod QR penjual atau pengguna menunjukkan kod QR untuk diimbas penjual.

Satu perkara yang nampak menarik adalah fungsi mengeluarkan wang di mana pengguna boleh memindahkan baki dompet elektronik kepada akaun bank. Tetapi ada caj RM2 untuk setiap pemindahan.

Bacaan Berkaitan

  • Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App” dengan pengesanan kenalan rapat dan Selangkah Biz
  • Perusahaan kecil & sederhana boleh terima pelbagai transaksi tanpa tunai dengan Selangkah Biz
  • SELangkah, sistem daftar masuk dan keluar pengunjung di premis sekitar Selangor
Tags: SElangkahSelangkah Wallet
Najib

Najib

POPULAR

Selangkah, aplikasi penjejak kenalan dan pemvaksinan kini ada dompet elektronik

Selangkah, aplikasi penjejak kenalan dan pemvaksinan kini ada dompet elektronik

9 December 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER