• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram Playback, lihat & kongsikan kenangan sepanjang 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:26 pm
  • 10/12/2021
  • Komen
Instagram Playback, lihat & kongsikan kenangan sepanjang 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun 2021 di Instagram, platform itu melancarkan ciri baru bernama Playback. Ia akan himpunkan dan siarkan semula 10 Stories pengguna secara rawak sepanjang tahun 2021. Jika ada kombinasi Stories yang anda rasa tidak sesuai, anda boleh susun semula gabungan itu melalui arkib Stories.

Untuk memulakannya, satu mesej bertajuk “View your 2021 Playback” akan muncul pada halaman suapan. Di situ, anda perlu pilih View Playback (ingin melihat Playback) untuk dapatkan gabungan 10 Stories anda.



Kemudian, anda boleh ubah suai gabungan itu dengan memadam atau menambah Stories lain. Ia tidak terhad kepada gambar, anda boleh juga tambahkan video dalam 10 susunan Playback itu. Setelah selesai, anda boleh kongsikannya di Stories Instagram dengan tekan Next.

Jika anda masih belum terima mesej berkenaan. Instagram mengatakan bahawa, pengguna boleh tekan pelekat 2021 berwarna-warni pada mana-mana Stories Playback pengguna lain, untuk dapatkan akses kepada ciri tersebut.



Ciri ini hanya akan tersedia untuk beberapa minggu sahaja. Oleh itu, anda perlu mencubanya dan kongsikan kepada rakan di Instagram perjalanan hidup anda yang menarik sepanjang 2021.

Pada hujung tahun sebelum ini, ramai pengguna Instagram menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk membuat kolaj sembilan gambar paling disukai mereka. Gambar itu kemudiannya dikongsikan pada ruangan suapan. Memandangkan ianya sangat popular, pasti lebih bagus jika Instagram menawarkan keupayaan untuk lakukan suntingan Top 9 itu dalam aplikasinya sendiri seperti Playback ini.

Selain Instagram, Spotify juga ada merumuskan gaya guna pengguna di platform itu. Ia diketengahkan melalui Spotify Wrapped. Melaluinya, anda boleh lihat rumusan kandungan yang anda dengari sepanjang menggunakan aplikasi itu.

[Sumber: TheVerge]

Bacaan berkaitan

  • Dah tengok Spotify Wrapped 2021 anda?
  • Ibu bapa boleh kawal masa penggunaan Instagram anak bermula tahun depan
  • Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram Playback, lihat & kongsikan kenangan sepanjang 2021

Instagram Playback, lihat & kongsikan kenangan sepanjang 2021

10 December 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN