• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet Nokia T20 akan mula ditawarkan pada 12.12

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:36 pm
  • 10/12/2021
  • Komen
Tablet Nokia T20 akan mula ditawarkan pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Nokia akan mula menjual tablet Nokia T20 mereka pada 12 Disember 2021 ini di Shopee. Nokia T20 adalah tablet pertama Nokia dan daripada sudut spesifikasi, ia berada dalam kelas mula hingga pertengahan.

Spesifikasi Nokia T20

Nokia T20 adalah sebuah tablet dengan paparan 10.4” beresolusi FHD+. Atas papan utama, ia ada SoC Unisoc T610 dengan pilihan RAM 3GB ataupun 4GB dan storan 32GB ataupun 64GB. Ruang storan boleh diperluas kalau perlu.



Di bahagian belakang, ia ada kamera 8MP manakala kamera selfienya ada sensor 5MP. Untuk melayani kandungan multimedia, ia diberikan speaker sterero.

Memberi tenaga kepada tablet ini adalah bateri berkapasiti 8,200mAh dengan pengecasan 15W.



Tiada sebarang maklumat harga Malaysia dikongsikan Nokia setakat ini. Namun, harganya di pasaran luar adalah USD250 (RM1,059). Pada harga dan spesifikasi sebegitu, Realme Pad nampak seperti alternatif yang baik kerana pada RM899, anda dapat tablet hampir sama spesifikasi.

Nokia memang lemah pada bahagian meletak harga. Contohnya, Nokia X20 adalah telefon Snapdragon 480. Dalam pasaran, pada harga RM1,599 anda boleh dapatkan Poco X3 GT yang ada Dimensity 1100 dan sokongan 5G pada harga yang sama.

Bacaan berkaitan

Nokia X20: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Nokia XR20 kalis tendangan Roberto Carlos – SoyaCincau.com

Tags: NokiaNokia T20
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Tablet Nokia T20 akan mula ditawarkan pada 12.12

Tablet Nokia T20 akan mula ditawarkan pada 12.12

10 December 2021
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER