Apple hari ini telah mengeluarkan kemaskini baharu untuk produk mereka iaitu iOS 15.1, iPadOS 15.2, watchOS 8.3 dan tvOS 15.2. Ia menambah beberapa fungsi baharu kepada peranti yang dikemaskini serta menampal kerentanan keselamatan.
Bagi iPhone dan iPad, jika anda tidak menerima notifikasi kemaskini, ia boleh dimuat turun secara manual dengan pergi ke bahagian “Settings > General > Software Update“. Saiz muat turun adalah 886MB jika naik taraf daripada iOS 15.1.1 di iPhone 12 dan sekitar 1.28GB daripada iPadOS 15.0.2 untuk iPad gen-6.
Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk memiliki tenaga bateri mencukupi dan muat turun kemaskini terbaru menggunakan WiFi.
Apa yang baharu di iOS 15.2?
Pengguna dengan kemaskini iOS 15.2 boleh mula melanggan pelan muzik Apple yang lebih murah, Apple Music Voice Plan. Tetapi ia tidak terdapat untuk pasaran Malaysia buat masa ini. Pelan ini tidak seperti pelan Apple Music biasa, di mana ia hanya menggunakan arahan suara kepada Siri untuk mengawal lagu. Tiada kawalan sentuhan di aplikasi serta tiada fungsi seperti lirik dan menyimpan muzik di luar talian.
Ciri keselamatan dipertingkat lagi di iOS 15.2 menerusi App Privacy Report. Ciri ini menyediakan laporan lebih menyeluruh setiap aplikasi, membolehkan pengguna mengetahui berapa banyak kali aplikasi menggunakan lokasi, gambar, kamera, mikrofon, kenalan, rangkaian dan banyak lagi dalam masa 7 hari lepas. Dari sini, pengguna boleh memantau jika ada aktiviti aplikasi yang mencurigakan.
Apple juga telah mengaktifkan ciri kontroversi kawalan kanak-kanak untuk ibubapa, dikenali sebagai Child Sexual Buse Material (CSAM). Ciri ini akan memberi amaran kepada ibubapa jika peranti anak mereka ada menerima atau cuba menghantar kandungan jelik dan lucah. Setelah ditangguh kerana dikecam ramai, ia kini disediakan di iOS 15.2.
Selain itu, Apple menambah fungsi Digital Legacy. Ia membenarkan pengguna menambah kenalan Legacy Contacts dan memberi kebenaran kepada kenalan tersebut akses kepada akaun iCloud dan maklumat peribadi pengguna selepas kematian pengguna.
Khas untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula, ia ditambah dengan butang makro di aplikasi kamera untuk memudahkan tangkapan gambar makro menggunakan lensa ultra-lebar dibuat pantas.
Bacaan Berkaitan
- Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1
- Kemas kini iOS 15.1 mula diedar, ada ciri baharu SharePlay dan 2 naik taraf kamera untuk iPhone 13 Pro
- Apple tangguh perkenal satu ciri keselamatan di iOS selepas dikecam oramai
- Staf Apple sendiri tak setuju dengan ciri perlindungan kanak-kanak yang bakal hadir di iOS 15