• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 14/12/2021
  • Komen
Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Yes telah mengeluarkan jemputan ke acara pameran aplikasi 5G mereka esok, menandakan bahawa mereka bersedia untuk melancarkan perkhidmatan 5G di Malaysia tidak lama lagi. Acara ini diadakan serentak dengan bermulanya perkhidmatan 5G di Malaysia oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Sementara kita masih belum tahu bagaimana rupa pelan 5G untuk pengguna, Yes ditemui telah memuat naik laman web pelan 5G mereka akan datang. Perkara ini dilaporkan oleh laman web Lowyat.net. Bagaimanapun, laman pelan 5G Yes ini nampaknya telah hilang buat masa ini.



Laman pelan 5G Yes ini menyenaraikan pelan prabayar dan pascabayar 5G, nampaknya memiliki kuota yang berbeza antara data 4G dan data 5G. Pelan ini dinamakan Yes Prepaid FT5G RM30 dan Yes Postpaid FT5G RM49.

Pelan prabayar berharga RM30/bulan ini memberikan data 4G tanpa had, tetapi kelajuan disekat ke 7Mbps. Hotspot berkelajuan tinggi diberikan sebanyak 9GB, bersama panggilan tanpa had ke semua talian dan SMS tanpa had sesama talian Yes.



Untuk pelan pascabayar, ia berharga RM49/bulan dan menerima kuota 4G 100GB berkelajuan tinggi. Panggilan tanpa had ke semua talian juga diberikan bersama SMS tanpa had sesama talian Yes.

Bagusnya, kuota 5G diberikan tanpa had sehingga 31 Mac 2022 untuk kedua-dua pelan ini, tetapi tidak dinyatakan jika ada sekatan kelajuan. Jika perkara ini selari dengan tawaran DNB untuk memberikan perkhidmatan 5G percuma kepada syarikat telekomunikasi (telco) sehingga 31 Mac 2022, maka kelajuan 5G ini pastinya tanpa had juga.

Tetapi ada syaratnya untuk 5G tanpa had. Perkhidmatan 5G DNB ini hanya terdapat di lokasi tertentu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Selain itu, tawaran percuma DNB hanya terhad untuk lokasi yang dibangunkan sebelum 31 Disember 2021. Jika ada lokasi baru dibangunkan selepas ini, ia tidak lagi menerima akses 5G percuma. Melainkan, telco tersebut bersetuju menandatangani perjanjian jangka panjang dengan DNB, barulah dapat menikmati 5G percuma sehingga 31 Mac 2022 di lokasi baru tersebut.

YTL turut menjanjikan tiada kenaikan harga untuk pengguna yang melanggan pelan 5G ini sebelum April 2022. Di samping pelan 5G, Yes juga menawarkan beberapa peranti 5G daripada jenama seperti Xiaomi, Reame, Vivo, Nokia dan Oppo.

Jika ini adalah pelan yang bakal Yes lancarkan kelak, adakah anda berminat untuk melanggannya? Jemputan Yes ke acara 5G mereka menunjukkan mereka telah bersedia untuk menerima tawaran 5G percuma oleh DNB sehingga 31 Mac 2022. Sama ada mereka mahu menandatangani perjanjian 5G bersama DNB, ia masih belum dilihat akan dicapai memandangkan kerajaan dikatakan sedang mempertimbangkan semula rancangan rangkaian borong tunggal (Single Wholesale Network, WSN) oleh DNB.

[Sumber: Lowyat.net]

Bacaan Berkaitan

  • Kerajaan pertimbang untuk tukar model tunggal 5G DNB kepada model lama berbilang telco
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
  • Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang

Tags: 5gDNBYES
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan

Pelan Yes untuk 5G tanpa had terdedah, dari RM30/bulan

14 December 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER