• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini rupa sebenar siri Galaxy S22?

  • OLEH Najib
  • 11:38 am
  • 14/12/2021
  • Komen
Adakah ini rupa sebenar siri Galaxy S22?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dijangka akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka, siri Galaxy S22 pada bulan Februari 2022. Tetapi kini telah timbul gambar yang mengatakan ia adalah rupa sebenar telefon Samsung yang akan datang. Malah, ia menunjukkan ketiga-tiga model yang akan dilancarkan.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna twitter @heyitsyogesh. Dia memuat naik dua keping gambar, satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam.



Dikatakan, tiga model telefon ini adalah Galaxy S22 Ultra, Galaxy S22+ dan Galaxy S22. Dapat dilihat dengan jelas, Galaxy S22 dan Galaxy S22+ memiliki kemasan belakang berkilat dan rekaan mirip Galaxy S21 sekarang.

Manakala Galaxy S22 Ultra menggunakan rekaan lebih kotak dan petak, serta modul kamera belakang yang berbeza dengan Galaxy S22 dan Galaxy S22+. Tetapi ia selaras dengan beberapa berita terbocor sebelum ini yang menyatakan Galaxy S22 Ultra adalah pengganti kepada siri Galaxy Note dan akan memiliki ruang menyimpan S Pen di dalam badan telefon.



Bagaimanapun, Yogesh menambah bahawa ini adalah model pihak ketiga, bukannya daripada Samsung sendiri. Dia menyatakan bahawa rekaan ini sangat hampir dengan versi akhir kelak.

Yes, these are really close to the final version. With the production in full swing, we'll be seeing live shots in wild really soon

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) December 13, 2021

Pada model sebelum ini, Galaxy S21 dan Galaxy S21+ memiliki spesifikasi yang serupa di semua bahagian, kecuali saiz skrin dan kapasiti bateri. Manakala Galaxy S21 Ultra adalah telefon yang jauh berbeza di segi rekaan, kamera dan skrin. Dari gambaran terbocor ini, siri Galaxy S22 akan mengikut jejak yang sama.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?
  • Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?
  • Skrin siri Galaxy S22 lebih kecil tetapi kamera lebih besar
Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Adakah ini rupa sebenar siri Galaxy S22?

Adakah ini rupa sebenar siri Galaxy S22?

14 December 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN