Skrin siri Galaxy S22 lebih kecil tetapi kamera lebih besar

Telefon pintar flagship Samsung yang akan datang, siri Galaxy S22 dijangka akan dilancarkan awal tahun 2022, seperti kebiasaannya. Tetapi khabar angin mengenai apa yang akan ada padanya telah mula bertiup kencang.

Sebelum ini, khabar angin yang kuat menyatakan bahawa Samsung mahu bekerjasama dengan jenama kamera, seperti yang dilakukan Huawei dan Leica. Dalam khabar itu, nama Olympus disebut-sebut akan menjadi rakan Samsung. Malah, ia mungkin diumum lebih awal, sekitar Ogos 2021 semasa Galaxy Z Fold 3 dilancar.

Dalam satu rekaan konsep oleh Technizo Concept menggunakan maklumat yang diterima daripada Yogesh dan disahkan pembocor berita terkenal, Ice Universe, ia memberi contoh bagaimana rupa yang mungkin untuk Galaxy S22 nanti. Kamera belakangnya akan memiliki satu lensa kamera besar, dengan resolusi 200MP dan jenama Olympus padanya.

Lensa yang besar ini bukanlah sesuatu yang pelik, kerana ia telah digunakan di Xiaomi Mi 11 dan dikhabarkan akan terdapat di Huawei P50 Pro yang belum dilancarkan.

Siri Galaxy S22 juga dikatakan akan memiliki paparan yang lebih kecil berbanding siri Galaxy S21. Di Galaxy S21, saiz skrinnya adalah 6.2 inci (Galaxy S21), 6.7-inci (Galaxy S21+) dan 6.9-inci (Galaxy S21 Ultra).

Untuk galaxy S21, khabarnya skrin seluas 6.06-inci (Galaxy S22), 6.55-inci (Galaxy S22+) dan 6.81-inci (Galaxy S22 Ultra). Satu lagi maklumat tambahan adalah, hanya Galaxy S22 Ultra akan menggunakan skrip LTPO.

Kuat juga khabar yang mengatakan Samsung akan menggunakan kamera di bawah skrin untuk siri Galaxy S22 nanti. Kamera ini akan menjadikan skrin kelihatan tiada lubang dan takuk, kerana kamera hadapan akan ditutup skrin sepenuhnya dan diberi ruang apabila mahu digunakan.

Bagi kuasa pemproses, Samsung dilaporkan akan menghasilkan cip Snapdragon yang akan datang (mungkin namanya Snapdragon 895) dan Exynos 2200. Kedua-dua cip ini akan dibina daripada proses 4nm, lebih kecil daripada Snapdragon 888 dengan 5nm.

[Sumber: PhoneArena]