• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 15/12/2021
  • Komen
DNB selesai ujian integrasi RAN 5G lebih 2 rangkaian, pertama di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini mengadakan majlis pelancaran perkhidmatan 5G mereka di Malaysia. Di samping itu, DNB juga mengumumkan bahawa Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications (YTL) sebagai pelanggan terawal mereka yang dapat menggunakan perkhidmatan 5G.

Rangkaian 5G DNB mulai hari ini terdapat di beberapa lokasi di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. Perkhidmatan 5G percuma oleh DNB juga kini boleh mula diakses syarikat telekomunikasi (telco) sehingga 31 Mac 2022.



Menurut DNB, hari ini menjadi tarikh penting untuk Malaysia sebagai langkah pertama menuju masa depan 5G. DNB mensasarkan untuk memacu pembangunan 5G untuk meliputi 80% kawasan berpopulasi di Malaysia menjelang tahun 2024.

Ketua Pegawai Operasi DNB, Ralph Marshal berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kedua-dua TM dan YTL Communications sebagai pelanggan pertama rangkaian 5G kami di Malaysia. TM ialah penyedia telekomunikasi tertua di negara ini, memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi hampir 40 tahun yang lalu pada tahun 1984, manakala YTL Communications adalah penyedia rangkaian 4G termuda dan satu-satunya dengan rangkaian 4G di Malaysia.”



Dia menambah, kedua-dua telco memiliki hampir 4.5 juta pelanggan digabungkan dan secara purata, setiap pelanggan menggunakan sekitar 40 ke 50GB data sebulan.

YTL Communications menerusi Yes, mengumumkan bahawa mereka adalah penyedia 5G pertama di Malaysia. Pelanggan Yes menerusi pelan dan peranti 5G terpilih, akan menerima akses ke data 5G secara percuma sehingga 31 Mac 2022.

Telco yang menandatangani perjanjian borong komersial dengan DNB, akan menerima tambahan kapasiti 5G apabila lebiih banyak lokasi siap dibangunkan sehingga 31 Mac 2022. Menurut DNB, pengguna dengan peranti serasi 5G akan menikmati kelajuan purata 100Mbps di hujung kawasan liputan. DNB kini memiliki 40MHz blok di spektrum 700MHz, 200MHz blok di spektrum 3.5GHz dan 1600MHz blok di spektrum 26/28GHz (mmWave).

Anda boleh memeriksa kawasan liputan 5G oleh DNB di sini.

Walaupun dikritik teruk kerana menggunakan modl borong tunggal, DNB yakin mereka akan dapat menyediakan perkhidmatan 5G lebih murah keada telco, daripada kos sedia ada 4G sekarang.

Dengan pengumuman ini, pelanggan Unifi Mobile dan Yes di pelan terpilih, akan dapat menggunakan rangkaian 5G tidak lama lagi menerusi rangkaian 5G DNB. Buat masa sekarang, empat telco terbesar iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, masih belum membuat pengumuman mengenai penyertaan mereka terhadap ujian 5G untuk pengguna.

Reuters baru-baru ini melaporkan bahawa empat telco terbesar telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan untuk membangunkan model dua rangkaian borong 5G melalui konsortium. Ia dikatakan boleh mempercepatkan pembangunan 5G di samping menyediakan persaingan sihat rangkaian 5G.

Kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan model borong tunggal 5G dan akan membuat keputusan pada bulan Januari 2022. Ini memungkinkan terbukanya peluang untuk model pembangunan 5G lain.

Tags: 5gDNBYES
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
DNB selesai ujian integrasi RAN 5G lebih 2 rangkaian, pertama di dunia

DNB lancar 5G di Malaysia, Yes jadi penyedia 5G pertama

15 December 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER