• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai konsep MSI kini di Plaza Low Yat, majlis pembukaan pada Januari 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:21 pm
  • 16/12/2021
  • Komen
Kedai konsep MSI kini di Plaza Low Yat, majlis pembukaan pada Januari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Kedai konsep MSI yang terletak di BB Park, Bukit Bintang telah ditutup sejak pertengahan bulan Jun lalu. Pada bulan tersebut, mereka masih belum mendedahkan lokasi yang bakal mereka pindah. Untuk peminat MSI yang tertanya-tanya, mereka kini sudah kongsikan bahawa lokasi baru kedai konsep MSI bertempat di tingkat bawah Plaza Low Yat.

Kedai baru ini mempunyai reka bentuk yang moden. Dari luar, anda sudah boleh nampak barisan laptop disusun di tepi cermin kaca dan dinding. Sesiapa sahaja yang melalui kedai ini, pasti akan nampak logo MSI putih dan bercahaya, yang dipaparkan pada dinding akrilik berwarna merah di belakang kaunter.



Untuk beri pengunjung pengalaman yang bermakna di kedai baru ini, MSI akan mengadakan pelancaran pembukaan besar-besaran kedai konsep di Plaza Low Yat pada 5 Januari 2022, dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan akan dijalankan.

Alamat kedai konsep MSI ini ialah, Lot G-003A, Groundfloor Plaza Lowyat,No 7, Jalan 1/77 Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.



Dalam masa yang sama, MSI juga mengadakan jualan akhir tahun untuk barisan laptop mereka. Ia berjalan dari 1 hingga 31 Disember 2021. Pelbagai tawaran disediakan dalam jualan ini, antaranya diskaun sehingga RM1,000, hadiah percuma, cenderahati eksklusif MSI, perisian Microsoft Office dan banyak lagi.

Ada banyak model laptop MSI ditawarkan seperti barisan laptop gaming GE dan GS, laptop kerja dan laptop berkuasa tinggi. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan maklumat lanjut promosi ini di laman promosi MSI Year End Sale. 

Tags: MSI
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Kedai konsep MSI kini di Plaza Low Yat, majlis pembukaan pada Januari 2022

Kedai konsep MSI kini di Plaza Low Yat, majlis pembukaan pada Januari 2022

16 December 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN