• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dron berkuasa tinggi dikerah hantar bekalan kepada mangsa banjir

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:43 am
  • 22/12/2021
  • Komen
Dron berkuasa tinggi dikerah hantar bekalan kepada mangsa banjir
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) telah mengumumkan yang mereka teleh menggerakkan usaha membantu mangsa banjir. Sebanyak 20 dron berkuasa tinggi akan dikerahkan untuk pelbagai tujuan seperti memantau dan menghantar bekalan asas kepada mangsa-mangsa yang tidak mampu dicapai melalui jalan darat.

Bagi pihak MOSTI, Teknologi Park Malaysia (TPM) telah menjalinkan Kerjasama dengan pihak-pihak seperti Vstream, Alphaswift Industries, Aerodyne Group, Meraque Services, dan Geo Precision Tech serta disokong oleh Persatuan Aktivis Dron Tanpa Pemandu Malaysia (MUDAS).



Sepanjang operasi ini, sudah 500 hektar kawasan telah dipantau menggunakan dron-dron yang dalam kalangannya dimaklumkan mampu mengangkut beban sebanyak 10kg. Pihak mereka sedang menanti lampu hijau daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) untuk mereka mula menggunakan dron bagi menghantar bekalan keperluan mangsa-mangsa banjir.

Dalam inventori DJI, memang banyak dron-dorn berkuasa tinggi yang boleh mengangkut bebanan yang berat, ada yang sehingga 30kg seperti DJI Agras T30. Tapi, kalau yang spesifik 10kg, Agras  MG-1 adalah calon yang paling sesuai.



Dron ini ditujukan khas untuk aktiviti pertanian dan mampu mencakupi kawasan operasi sehingga 10 ekar bagi setiap jam.

Sumber: MOSTI

Bacaan berkaitan

Tags: Adham Bababanjirdjidronmosti
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Dron berkuasa tinggi dikerah hantar bekalan kepada mangsa banjir

Dron berkuasa tinggi dikerah hantar bekalan kepada mangsa banjir

22 December 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN