• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Galaxy A32 5G kini lebih murah

  • OLEH Najib
  • 10:53 am
  • 22/12/2021
  • Komen
Harga rasmi Galaxy A32 5G kini lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon pintar 5G mampu milik keluaran Samsung adalah Galaxy A32 5G. Kini Samsung mengumumkan, mereka akan memotong harga rasmi Galaxy A32 sebanyak RM100, menjadikan harganya cuma RM1,099 berbanding harga asal RM1,199.

Perkara ini sudah dijangka kerana Samsung telah menjalankan promosi diskaun RM100 untuk Galaxy A32 5G sejak 15 November lepas. Kini harga promosi itu menjadi harga rasmi baru. Langkah sebegini telah diguna Samsung beberapa kali untuk peranti mereka. Seperti bulan Ogos lepas, beberapa telefon Samsung kekal harga diskaun menjadi harga rasmi baru, antaranya Galaxy S20 FE dan Galaxy A32 LTE.



Jika anda mahukan telefon 5G Samsung yang lebih murah, boleh dapatkan Galaxy A22 5G berharga RM999.

Spesifikasi

Galaxy A32 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 720 5G, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan, sehingga 1TB.



Skrinnya jenis LCD, seluas 6.4-inci dengan resolusi HD 720p. Takuk kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP. Pengimbas capjari pula di tepi, digabungkan dengan butang kuasa.

Di belakang, terdapat tiga kamera gandingan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 5MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4.

Bateri di dalam berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Sistem bunyi hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm di bawah.

Telefon pintar Galaxy A32 5G boleh dimiliki dalam empat warna bergaya iaitu ungu, biru, putih dan hitam.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Malaysia turunkan harga Galaxy S20 FE, Galaxy Note 20 dan Galaxy A32
  • Samsung gayakan Galaxy A22 LTE & 5G dengan warna-warni pastel

Tags: samsungSamsung Galaxy A32samsung galaxy a32 5g
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Harga rasmi Galaxy A32 5G kini lebih murah

Harga rasmi Galaxy A32 5G kini lebih murah

22 December 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER