• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi tangguh tutup 3G di Wilayah Tengah dan Utara, fokus kepada kesinambungan di kawasan banjir

  • OLEH Najib
  • 3:58 pm
  • 23/12/2021
  • Komen
Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat telekomunikasi Malaysia telah merancang untuk menamatkan rangkaian 3G mereka sebelum berakhirnya tahun 2021. Digi juga telah menyusun jadual penamatan rangkaian 3G secara berperingkat tahun ini, mengikut wilayah dan negeri.

Bagaimanapun, Digi mengumumkan bahawa mereka terpaksa mengubah tarikh penamatan di beberapa kawasan sebagai persediaan menghadapi cuaca hujan dalam tempoh yang akan datang, selain bencana banjir teruk yang melanda Malaysia baru-baru ini.



Buat masa ini, Digi telah berjaya menamatkan rangkaian 3G mereka di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) dan Sabah seperti yang dijadualkan. Akan datang, Digi menyatakan mereka akan menutup rangkaian 3G di Sarawak seperti dirancang iaitu pada 30 Disember 2021.

Bagaimanapun untuk wilayah Tengah (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor) dan Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak), penamatan rangkaian 3G dianjak ke tahun hadapan. Bagi wilayah Tengah, rangkaian 3G Digi akan ditamatkan pada 6 Januari 2022. Wilayah Utara pula, ditamatkan pada 3 Januari 2022.



Menurut Digi, keutamaan pada saat ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat kekal terhubung dengan menjamin ketersediaan perkhidmatan rangkaian di kawasan yang terjejas akibat banjir. Pasukan Tindakan 24 jam yang diwujudkan sedang berusaha memulihkan tapak-tapak yang terjejas dengan segera, terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, dan Kelantan. Kerja-kerja pemulihan di beberapa kawasan masih berterusan disebabkan masih terdapat jalan raya yang tidak boleh diakses.

Memandangkan cuaca hujan lebat diramalkan akan berterusan pada minggu hadapan di beberapa buah negeri di Malaysia, Digi bersedia mengerahkan sumber-sumbernya bagi kerja-kerja pemulihan rangkaian dalam kadar segera.

Penamatan 3G di seluruh negara merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), untuk menaik taraf infrastruktur digital Malaysia dan menawarkan kesalinghubungan digital yang lancar buat semua. Penamatan ini akan membolehkan spektrum 3G diguna pakai untuk menambah baik rangkaian 4G LTE, justeru membekalkan kualiti internet yang lebih baik buat semua pengguna.

Tags: 3Gbanjirdigi
Najib

Najib

POPULAR

Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps

Digi tangguh tutup 3G di Wilayah Tengah dan Utara, fokus kepada kesinambungan di kawasan banjir

23 December 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN