[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Huawei]
HUAWEI adalah satu jenama peneraju teknologi antarabangsa dan mereka menyedari bahawa teknologi boleh digunakan untuk membantu pengguna dalam kehidupan seharian. Untuk itu, HUAWEI mengambil peluang ini untuk memberikan pengalaman hidup yang lebih lancar melalui produk keluaran mereka.
Dijana oleh idea kesempurnaan dan inovasi berterusan, HUAWEI memacu pembangunan produk mereka untuk kesalinghubungan dan kecerdasan pintar menerusi konsep “1+8+N” dan strategi “Seamless AI Life”, bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.
Melihatkan pentingnya kesalinghubungan dan kesinambungan antara satu sama lain, Huawei memastikan ia menjadi tunjang kepada setiap produk mereka. Salah satu yang terhasil daripada usaha ini adalah dua produk baru yang tiada tandingya, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3.
Jika anda belum kenal, adalah penting untuk anda mengetahui tentang gandingan HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3 yang bukan sahaja cantik di pandangan mata, tetapi membantu kehidupan pintar anda ke tahap serba baharu.
HUAWEI nova 9
Jika anda mencari telefon pintar dengan rekaan elegan, ia terdapat di semua rekaan peranti HUAWEI. nova 9 adalah peranti sempurna untuk mereka yang mahu kelihatan cerita dan gembira. Ia dilapisi kaca melengkung di hadapan dan belakang, memberikan rasa yang asli dan lembut di dalam genggaman tangan.
Pengalaman ini dipertingkat lagi dengan rekaan nipisnya, hanya 7.77mm tebal dan fizikal yang sangat ringan pada 175g sahaja. Ini memudahkan ia bertukar posisi dari dalam poket ke dalam tangan dan sebaliknya dengan lancar.
Bagi memberi kelainan dan lebih pilihan, nova 9 tampil dengan dua warna untuk dipilih, antara Starry Blue dan Black.
Peminat swafoto dan vlog pasti terpana dengan kamera yang terdapat di nova 9. Ia dilengkapi kamera hadapan 32MP, resolusi yang sangat tinggi dan sukar ditemui diperanti lain, turut mampu merakam video UltraHD 4K bagi memenuhi keperluan dan permintaan kandungan berkualiti tinggi untuk media sosial masa kini.
Jika ia masih belum mencukupi, kecanggihan penstabil Video AIS yang mengurangkan gegaran sewaktu rakaman ketika bergerak, pastinya lebih menarik untuk menghasilkan video yang lacar, cantik dan tajam sentiasa.
Kreativiti video anda boleh dipertingkat lagi dengan “Dual View Mode” yang merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang serentak. Pengguna juga boleh berubah dari rakaman video kepada tangkapan gambar dengan satu butang pantas yang mudah. Tiada lagi masa istimewa dan kenangan indah yang terlepas dari rakaman.
Senjata rahsia yang sering menjadikan peranti HUAWEI sebagai kamera terbaik adalah sensor RYYB Ultra Vision 50MP, menjadikan kualiti dan pengalaman bergambar seperti jurugambar profesional. Gambar yang super jelas dan tajam dan sedia dimuat naik ke media sosial bila-bila masa, dibantu oleh enjin XD Fusion dan teknologi Ultra Vision HDR, tidak kira semasa tangkapan panorama, jarak dekat, potret mahupun waktu malam. Tiada masalah untuk rakaman video dan vlog yang hebat, kerana ia mampu merakam video 4K sehingga 30fps.
Dunia aplikasi tanpa sempadan
HUAWEI menepis dakwaan kekurangan perisian dan aplikasi di peranti mereka dengan gabungan tiga serangkai dalam HUAWEI Mobile Services iaitu: AppGallery + Petal Search + GSpace.
AppGallery adalah pustaka aplikasi yang menyenaraikan hampir semua aplikasi yang diperlukan pengguna seperti Telegram, Viber Messenger, WeChat dan Snapchat. Jika tiada dalam pustaka ini, Petal Search akan membantu mencari APK yang sesuai untuk dipasang ke dalam peranti.
Paling penting, ketiadaan Google dapat diatasi dengan GSpace. Ia menjadi pusat sehenti untuk semua aplikasi Google seperti Gmail, Maps, Photos dan banyak lagi, bagi peranti HUAWEI.
HUAWEI WATCH GT 3
Gandingan terbaik HUAWEI nova 9 untuk pengalaman hidup lebih baik adalah jam pintar HUAWEI WATCH GT 3. Tiada telefon di dalam jangkauan? Tidak perlu risau terlepas panggilan penting bos atau perniagaan kerana WATCH GT 3 bukan sahaja boleh memberitahu panggilan masuk, malah ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan kerana terdapat mikrofon dan pembesar suara terbina di dalam.
Lebih banyak perkara boleh dilakukan apabila menggandingkan WATCH GT 3 kepada nova 9. Jika anda pengembara solo, anda tidak perlu menunggu bantuan tiba untuk mengambil gambar diri sendiri. Hanya gunakan butang penangkap gambar di WATCH GT 3 walau nova 9 jauh dari capaian untuk gambar panorama yang indah.
Untuk kaki larian dan jogathon, WATCH GT 3 boleh berfungsi sendiri menyediakan kandungan muzik di jalanan terus kepada fon telinga yang ditekup ke dalam telinga anda. Jika ada nova 9 berhampiran, WATCH GT 3 juga boleh menjadi alat kawalan muzik tanpa membuka skrin peranti.
Jam adalah aksesori yang boleh menonjolkan peribadi diri. Kerana itu bukan sahaja rekaannya penting, tetapi juga fungsi dan ciri-ciri yang terdapat padanya. WATCH GT 3 menampilkan konsep minimalis dengan teknologi terbaik dipasang ke dalamnya.
Pengguna ada dua pilihan saiz, antara 42mm dan 46mm serta pelbagai jenis tali jam yang boleh diubah dengan mudah, seperti fluoroelastomer bergetah dan tali jam jenis kulit. Tukar mengikut kesesuaian sama ada untuk aktiviti kecergasan di gym atau pergi ke mesyuarat rasmi kerja, hanya dengan satu jam yang sama.
Hayat bateri adalah perkara yang kurang digemari di jam pintar tetapi HUAWEI mengatasinya dengan memberikan masa penggunaan sehingga 7 hari untuk model 42mm dan sehingga 14 hari di model 46mm. Tidak perlu pening untuk mengecas setiap hari. HUAWEI juga melengkapinya dengan pengecas pantas tanpa wayar, di mana anda boleh mengecasnya dengan meletakkan jam di belakang telefon pintar HUAWEI yang menyokong pengecasan wayarles terbalik.
Aktiviti kecergasan menjadi salah satu perkara penting meningkatnya populariti jam pintar. HUAWEI WATCH GT 3 menyediakan banyak sensor untuk membantu pengguna memantau aktiviti kecergasan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. WATCH GT 3 juga menyokong lebih 100 mod kecergasan termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal serta melompat tali.
Gandingan Pintar HUAWEI nova 9 dan WATCH GT 3
Telefon HUAWEI nova 9 menampilkan kamera yang hebat dan prestasi tinggi manakala WATCH GT 3 adalah aksesori canggih untuk gaya hidup sihat. Gandingan kedua-duanya akan menjadikan rutin kehidupan harian pengguna ke tahap lebih tinggi, gabungan lancar antara dua produk pintar yang sentiasa berhubung dan pintar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua produk canggih ini, layari laman web HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3. Kunjungi jgua platform rasmi HUAWEI yang lain seperti Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, Stor Flagship HUAWEI di Lazada, serta Stor Online HUAWEI. Anda juga boleh mengunjungi Stor HUAWEI Experience berhampiran di seluruh negara untuk menguji sendiri produk keluaran HUAWEI.