• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma

  • OLEH Najib
  • 1:22 am
  • 23/12/2021
  • Komen
TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Banjir kilat yang melanda Malaysia telah mengakibatkan kemusnahan yang tidak dijangka. Banyak peralatan di rumah rosak kerana tenggelam di dalam banjir, antaranya peralatan internet jalur lebar seperti modem dan router WiFi.

Dalam usaha untuk meringankan beban pengguna yang terjejas akibat banjir, TM mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) Unifi yang rosak secara percuma.



Untuk menggantikan peralatan Unifi yang rosak secara percuma ini, pelanggan Unifi boleh memohonnya menerusi Live Chat di chatbot.unifi.com.my atau menghubungi TM di talian 100.

TM tidak memberi penjelasan lanjut peralatan apakah yang tertakluk di dalam program penggantian percuma ini. Tetapi secara umum, CPE adalah peralatan yang diberikan kepada pengguna untuk bersambung ke internet. Bagi Unifi, antara peralatan CPE adalah Broadband Termination Unit (BTU) atau nama lainnya modem, serta router WiFi.



Tidak dapat juga dipastikan sama ada tawaran ini turut meliputi pelanggan Unifi Air dan Streamyx. Kami telah menghubungi pihak TM untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini.

Selain itu, pengguna Unifi yang terjejas perkhidmatannya boleh menyemak status terkini baik pulih di laman web unifi.com.my/unifi-alerts. TM juga baru-baru ini telah melancarkan program Jaminan baikpulih Perkhidmatan dalam 24 Jam. Jika perkhidmatan pelanggan tidak dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam selepas aduan, pelanggan akan menerima rebat bil RM50. Ia ditawarkan kepada pelanggan pakej 100Mbps dan ke atas.

[Sumber: unifi]

Bacaan berkaitan

Perodua umum rebat alat ganti dan khidmat tunda untuk mangsa banjir – SoyaCincau.com

Electrolux tawar diskaun alat ganti 50% untuk yang terjejas banjir – SoyaCincau.com

Samsung tangung kos upah baiki peralatan rosak akibat banjir – SoyaCincau.com

TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma – SoyaCincau.com

Servis tunda pascabanjir percuma ditawarkan Toyota pada pelanggannya – SoyaCincau.com

Tags: banjirTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma

TM akan ganti peralatan Unifi yang rosak akibat banjir secara percuma

23 December 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN