• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022

  • OLEH Najib
  • 4:58 pm
  • 27/12/2021
  • Komen
Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini melancarkan pas baru RapidKL My50, pas perjalanan tanpa had selama 30 hari. Ia berharga RM50/bulan dan menggantikan pas sedia ada My30 berharga RM30/bulan, mulai 1 Januari 2022.

Dengan pas My50, pengguna boleh menaiki perkhidmatan kendalian RapidKL tanpa had iaitu LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL dan bas perantara MRT, tanpa had selama 30 hari.



Menurut Dr Wee, pas perjalanan My50 dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengurangkan kadar tambang daripada RM200 kepada hanya RM50 sebulan. Ini adalah subsidi oleh Kerajaan untuk membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan ini pada kadar yang berpatutan untuk mereka yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.

Bagi Pulau Pinang, pas tanpa had My50 dipanggil Mutiara Pass, sah untuk semua perkhidmatan bas Rapid Penang.



Pas My30 sebelum ini diperkenal pada bulan Jun 2020 untuk mengurangkan beban pengguna akibat wabak COVID-19. Jika pas My30 anda tamat sebelum 1 Januari 2022, hari terakhir untuk anda memperbaharuinya adalah pad 31 Disember 2021. Pas Perjalanan Tanpa Had My50 sah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Seperti sebelum ini, pas My50 hanya tersedia eksklusif untuk warganegara Malaysia dengan kad pengenalan MyKad atau MyTentera. Ia boleh diperolehi di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas RapidKL terpilih.

[Sumber: Wee Ka Siong, RapidKL]

Bacaan Berkaitan

  • PENJANA: Pas Perjalanan Pengangkutan Awam tanpa had dikurangkan ke RM30 selama 6-bulan
  • Prasarana lancar PULSE, aplikasi semak bas dan tren Rapid KL masa nyata
  • Pas Keluarga Malaysia dilancar, hanya RM15 untuk perjalanan tanpa had RapidKL
Tags: My30my50RapidKLwee ka siong
Najib

Najib

POPULAR

Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022

Pas tanpa had RapidKL My30 diganti dengan My50 mulai 1 Januari 2022

27 December 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN