• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Keluarga Malaysia dilancar, hanya RM15 untuk perjalanan tanpa had RapidKL

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:25 pm
  • 23/11/2021
  • Komen
Pas Keluarga Malaysia dilancar, hanya RM15 untuk perjalanan tanpa had RapidKL
Share on FacebookShare on Twitter

Prasarana Malaysia Berhad melancarkan Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, menggunakan sistem pengangkutan awam merentasi Lembah Klang. Pas ini akan dijual bermula 1 Disember.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pas itu membolehkan seramai empat orang daripada keluarga yang sama, menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Mereka boleh menggunakan semua perkhidmatan kendalian RapidKL iaitu LRT, MRT, Monorel dan BRT (Transit Aliran Bas) Sunway line sepanjang hari. Harganya cuma RM15. Ini bermakna, setiap seorang dari satu kumpulan hanya perlu membayar RM3.75.



Menurutnya lagi, inisiatif ini diwujudkan bagi menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang. Ia boleh dilakukan sambil mengunjungi pusat beli belah atau tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor. Secara tidak langsung, ini juga merupakan usaha untuk membantu merancakkan ekonomi peniaga kecil di sekitar bandar.

Maklumat mengenai pakej ini akan diumumkan tidak lama lagi. Berdasarkan pengalaman saya, ada banyak tempat membeli-belah menarik yang boleh dikunjungi dengan menaiki pengangkutan awam yang tersedia dalam tawaran ini. Antaranya ialah pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Velocity Mall dan Mid Valley Megamall. Dengan membeli pas yang disediakan dan menaiki pengangkutan awam, individu tak perlu fikir tentang kos tol dan membuang masa mencari parkir.



[Sumber: MalayMail, BH]

Tags: Pas Keluarga MalaysiaPrasarana Malaysia BerhadRapidKL
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Pas Keluarga Malaysia dilancar, hanya RM15 untuk perjalanan tanpa had RapidKL

Pas Keluarga Malaysia dilancar, hanya RM15 untuk perjalanan tanpa had RapidKL

23 November 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER