• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S21 FE akan dilancar di Malaysia pada minggu pertama 2022

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 28/12/2021
  • Komen
Samsung Galaxy S21 FE akan dilancar di Malaysia pada minggu pertama 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Ura-ura pelancaran Galaxy S21 FE sudah lama kita dengar. Menariknya, Malaysia dijangka akan menjadi salah satu pasaran terawal menerimanya. Ini kerana, Samsung Malaysia telah mengeluarkan satu jemputan ke majlis pelancaran eksklusif tahun hadapan.

Acara pelancaran ini akan diadakan di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 5 Januari 2022. Gambar jemputan ini dilatari dengan 4 jalur warna iaitu Olive, Lavender, Putih dan Graphite. Warna-warni ini adalah sama dengan berita terbocor yang turut menyatakan pilihan warna yang sama untuk Galaxy S21 FE. Dijangka, tempahan awal peranti baru ini akan turut diumumkan semasa acara ini.



Antara maklumat yang telah terbocor tentang Galaxy S21 FE adalah harganya di Eropah iaitu EUR 749 (~RM3,548) untuk storan 128GB dan EUR 819 (~RM3,879) bagi storan 256GB. Pastinya harga di Malaysia nanti lebih murah, serta lebih rendah daripada Galaxy S21 sekarang iaitu RM3,199 bagi versi 256GB.

Galaxy S21 FE kelak dikhabarkan akan dikuasakan cip Snapdragon 888 5G, dengan paparan AMOLED 6.4-inci HD Penuh 120Hz. Ia memiliki 3 kamera belakang, gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP. Kamera hadapan pula 32MP di dalam lubang di atas skrin. Baterinya sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 25W serta pengecasan wayarles 15W. Ia juga lengkap dengan kekalisan air IP68 dan sokongan Samsung Pay.



Sumber

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy S21 FE tidak akan ada pengecas dan slot kad mikroSD
  • Samsung mahu batal hasilkan Galaxy S21 FE kerana Galaxy Z Flip 3
  • Spesifikasi penuh Galaxy S21 FE terdedah, akan dilancar pada 11 Januari?
Tags: samsungSamsung Galaxy S21 FE
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy S21 FE akan dilancar di Malaysia pada minggu pertama 2022

Samsung Galaxy S21 FE akan dilancar di Malaysia pada minggu pertama 2022

28 December 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN