Pembekal peralatan SmartTag telah mengeluarkan mendakwa teknologi yang diguna pakai pengguna lebuh raya Malaysia sejak 2005 ini lebih efisien daripada RFID dan turut mampu mendukung visi multilane free flow (MLFF) ataupun lebuh raya tanpa palang. Oleh sebab itu, Efkon Asia menyeru pemegang konsesi lebuh raya supaya menambah Lorong SmartTag bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Ia tentu sekali menyetuh berita tentang lorong SmartTag yang akan dikurangkan secara berperingkat bila sistem RFID mula menular ke dalam jaringan lebuh raya Malaysia. Kalau anda terlepas berita, pada 15 Januari 2022 nanti, semua lebuh raya di Semenanjung Malaysia akan menyokong TnG RFID untuk tujuan kutipan tol.
Efkon Asia adalah pembekal teknologi SmartTag untuk proses kutipan tol sejak 2005 dan telah menghentikan penjualan kelengkapan berjenama itu dalam tahun 2018. Sungguhpun begitu, mereka telrus menjual kelengkapan yang sama menggunakan tanda dagang MaxTag. Mereka turut menjual LokaTag, peralatan seakan MaxTag tapi tidak memerlukan bateri kerana kuasanya diambil terus daripada kenderaan.
Selain mengatakan yang sistem SmartTag tiada masalah, Efkon Asia turut mengatakan yang pengguna teknologi ini sudahpun meluas. Setakat September 2021, sekurang-kurangnya 7 daripada 10 kenderaan yang didaftarkan di Semenanjung Malaysia dilengkapi dengan SmartTag ataupun derivatifnya.
Tentang MLFF, Efkon Asia berkongsikan yang negara seperti Jerman masih menggunakan teknologi infrared untuk lebuh raya tanpa palang mereka dan taida masalah untuk memproses 2 juta kenderaan yang bergerak pada kelajuan sehingga 100km/h.
Menyentuh tentang penggunaan bateri sebagai salah satu kelemahan SmartTag, Efkon mengatakan yang model terbaharu mereka mempunyai bateri terbina dan dicas menggunakan USB.
SmartTag vs. RFID
SmartTag adalah produk yang dibekalkan oleh syarikat Austria manakala RFID oleh TNG Digital. Menurut PLUS, SmartTag mampu memproses 550 transaksi setiap jam berbanding RFID yang mampu memproses 1,200 transaksi setiap jam.
RFID di Malaysia menggunakan pelekat yang boleh anda dapatkan pada harga RM35 untuk ditampal pada kereta. Setiap RFID ditambat secara digital kepada satu akaun Touch ‘n Go eWallet dan bayaran tol akan ditolak daripada eWallet itu untuk pembayaran.
Sehingga 10 RFID boleh ditambat satu akaun eWallet dan setiap RFID tidak perlu dikuasakan bateri dan ia katanya memudahkan kerana pengguna boleh menambah nilai terus di telefon pintar.
Kelemahan RFID adalah pelekatnya bersifat kekal dan tidak boleh dikongsi antara kenderaan. Anda perlu membeli satu RFID untuk setiap kenderaan walhal satu SmartTag boleh dikongsi dengan banyak kenderaan.
Isu tambah nilai boleh dibasmi terus kalaulah Touch ‘n Go memperkenalkan kemudahan menambah nilai kad fizikal mereka di APP TnG eWallet manakala masalah bateri telahpun diselesaikan dengan fungsi bateri terbina yang dicas melalui port USB.
Implementasi RFID dalam sistem lebuh raya Malaysia seharusnya seamless, menyeluruh, dan minimum masalah bagi meyakinkan pengguna jalan raya.
Bacaan berkaitan
Pengganti SmartTAG Ini Tak Perlukan Anda Tukar Baterinya Untuk Berfungsi – SoyaCincau.com
SmartTAG dan kad Touch ‘n Go di plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat – SoyaCincau.com