fbpx

Pengganti SmartTAG Ini Tak Perlukan Anda Tukar Baterinya Untuk Berfungsi

Walaupun sudah ada cara pembayaran toll tanpa tunai yang lebih baru seperti RFID, kaedah pembayaran menggunakan inframerah seperti SmartTAG sudah sebati dengan rakyat Malaysia dan tak mungkin akan terhapus dalam sekelip mata. Hal ini kerana, ia telahpun digunakan di seluruh lebuh raya Malaysia sejak 14 tahun yang lalu.

Kini, ada variasi SmarTAG yang lebih canggih, iaitu yang tak perlukan anda masukkan bateri sekalipun kerana ia disambung terus ke sistem elektrik kereta. Produk yang digelar LokaTAG itu adalah hasil kerjasama LOKATECH Engineering Sdn. Bhd. dengan EFKON, syarikat yang pernah membekalkan SmartTAG kepada Touch ‘n Go.

LokaTAG menampilkan paparan LCD untuk anda memeriksa baki tol dan boleh memaklumkan anda jika baki sudah semakin habis. Ia tetap memerlukan kad Touch ‘n Go anda dimasukkan dalam slot khas untuknya berkomunikasi dengan pembaca di plaza tol.

Sekiranya anda berminat untuk memasang seunit LokaTAG pada kereta anda, ia dijual pada harga RM499. Anda boleh belinya secara dalam talian di Shopee dan wakil LOKATECH akan datang kepada anda dan memasangnya secara percuma untuk sekiranya anda berada di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor. Jika anda berada di luar kawasan, anda boleh pasangnya di lokasi-lokasi yang disediakan.

EFKON memaklumkan yang kaedah pembayaran menggunakan infrared tetap utuh bertumbuh. Ia agak mengagumkan kerana walaupun SmartTAG sudahpun dihentikan penjualannya, permintaan terhadap SmarTAG kian bertambah. Buktinya, penjulan MaxTAG iaitu SmartTAG yang dijenamakan semula mencapai purata 12,000 sebulan.

BACA  APP Unifi Yang Terbaru Ini Integrasikan Semua Servis Unifi Ke Satu Tempat