• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BlackBerry lama tidak lagi boleh digunakan, tamat perkhidmatan mulai hari ini

  • OLEH Najib
  • 6:03 pm
  • 04/01/2022
  • Komen
BlackBerry lama tidak lagi boleh digunakan, tamat perkhidmatan mulai hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum iPhone dan Android menjadi popular, BlackBerry adalah nama yang dicari untuk telefon pintar. Ia pernah menguasai dunia telefon pintar dengan kegilaan orang ramai terhadap Blackberry Messenger (BBM) dan meletakkan diri mereka setaraf Nokia di zaman emasnya. Namun kedatangan iPhone dan Android menjadikan dunia BlackBerry merudum dan kini, perkhidmatannya telah ditamatkan.

Mulai 4 Januari 2022, semua peranti yang menjalankan sistem operasi (OS) lama BlackBerry iaitu BlackBerry 10, OS 7.1, BlackBerry PlayBook OS dan lebih awal lagi, tidak akan boleh menggunakan semua perkhidmatan BlackBerry. Ini termasuk penggunaan data, internet, menghantar dan menerima SMS, serta membuat panggilan, hatta panggilan kecemasan 911.



BlackBerry Messenger (BBM)

BlackBerry juga menyatakan bahawa perkhidmatan lain turut ditamatkan seperti BlackBerry Messenger (BBM) Consumer, BlackBerry email, BlackBerry ID, BlackBerry Protect dan lain-lain.

Bagaimanapun, peranti Blackberry yang menggunakan OS Android masih boleh digunakan. Antara peranti tersebut adalah BlackBerry Priv, BlackBerry KEYone dan BlackBerry KEY2.



  • BlackBerry PRIV
  • BlackBerry KEYone
  • BlackBerry KEY2

Penamatan perkhidmatan ini sebenarnya telah diumumkan sejak September 2020 dan telah dinyatakan bahawa 4 Januari 2022 adalah tarikh akhir perkhidmatan berjalan.

Berita penamatan perkhidmatan BlackBerry ini sebenarnya tidaklah mengejutkan ramai pihak kerana BlackBerry telah sekian lama meninggalkan dunia penghasilan peranti pengguna dan memberi fokus penuh pada perkhidmatan keselamatan. Telefon terakhir yang mereka hasilkan adalah Priv dan DTEK50, kedua-duanya menggunakan Android sebagai OS.

Selepas itu, mereka melesenkan nama BlackBerry kepada TCL untuk menghasilkan peranti dan lahirlah KEYone dan KEY2. TCL selepas itu berhenti menghasilkan telefon BlackBerry dan dikatakan ada pemegang lesen baru mengambil alih, OnwardMobility yang menyatakan pada laman webnya, sebuah peranti 5G BlackBerry akan dilancarkan pada tahun 2021 tetapi masih tiada khabar sehingga hari ini.

BlackBerry dilahirkan oleh syarikat Research In Motion, yang ditubuhkan pada tahun 1996. Penggunaan papan kekunci penuh dan BBM menjadikan populariti BlackBerry meningkat di seluruh dunia, kerana ia berfungsi sebagai alternatif kepada komputer dan mudah menghantar mesej. Bagaimanapun kedatangan iPhone dan Android bersama aplikasi permesejan seperti WhatsApp, telah memusnahkan kegemilangan BlackBerry. Antara puncanya adalah kelewatan BBM membenarkan integrasi kepada platform OS selain BlackBerry.

Adakah anda pernah menggunakan BlackBerry dan turut serta dalam kegilaan BBM suatu masa dahulu? Kongsikan kenangan anda tentang BlackBerry bersama kami.

[Sumber: CNN, BlackBerry]

Bacaan Berkaitan

  • Selamat tinggal BBM, akan tamat perkhidmatan pada 31 Mei
  • TCL ucap selamat tinggal, adakah ini pengakhiran BlackBerry?
  • Telefon BlackBerry dengan papan kunci fizikal akan datang kembali
Tags: BlackBerry
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
BlackBerry lama tidak lagi boleh digunakan, tamat perkhidmatan mulai hari ini

BlackBerry lama tidak lagi boleh digunakan, tamat perkhidmatan mulai hari ini

4 January 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN