• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony umum PSVR2, gogel realiti maya untuk PS5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:28 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
Sony umum PSVR2, gogel realiti maya untuk PS5
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah tiba masanya Sony menggantikan kelengkapan realiti maya PSVR yang sudahpun memasuki usia 5 tahun. Di CES 2022, mereka telah mengumumkan Playstation VR2 (PSVR2) tapi bilakah ia akan menemui pengguna, masih menjadi misteri. Namun daripada spesifikasi, Sony membawakan naik taraf yang signifikan berbanding set sebelum ini.

Dimulakan dengan paparan, PSVR2 memiliki sepasang paparan dengan setiap satunya memberikan resolusi QHD. Ia menyokong kandungan 4K HDR dan refresh rate setinggi 120Hz.



Salah satu benda baharu yang ada pada set VR ini adalah ciri pengesanan pergerakan luar dan dalam. PS5 tidak sekadar mengesan lokasi gogel PSVR2, gogel itu sendiri akan mengesan kedudukan mata pemakai untuk pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan. Di dalam gogel pula akan ada motor gegaran untuk kesan 3D yang lebih realisitik.

Selain bila, mereka masih belum kongsikan bagaimanakah rupa PSVR2 apabila menemui pengguna kelak. Tapi antara permainan terawal yang menyokong PSVR2 adalah Horizon VR: Call of The Mountain.



PSVR yang asal masih boleh digunakan pada PS5 untuk pengguna mainkan game legasi PS4. Namun untuk komponen kamera PSVR, pengguna memerlukan penyesuai khas yang dibekalkan percuma oleh Sony tapi penyesuai itu perlu dimohon terus daripada pengeluar dan tidak dijual di dalam pasaran.

Tags: Sonysony playstation 5sony playstation vr2sony psvr2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Sony umum PSVR2, gogel realiti maya untuk PS5

Sony umum PSVR2, gogel realiti maya untuk PS5

5 January 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN